Satu hari di Malam Raya Aidiladha yang lalu.. kami sekeluarga mencuba tekanan darah masing2 dan menimbang berat badan masing2.. mak, suami, abang dan adik beradik semua mencuba.. sebelum tu mmg kami byk makan hehe.. menelan kambing n sate kambing fuhhh x hengat..
Bacaan tekanan darah abang saya ialah 141/? hoi mak ai.. tinggi tu.. ia di kira masuk kedalam schedule stage 1 hypertension huhu..
Bacaan tekanan darah mak 139/? ia pula dah di kira masuk ke dalam schedule 'prehypertension' huhu..
Bacaan tekanan darah suami pula 136/? samalah cam mak jugak huhu..
Pernahkah anda semua mencuba tekanan darah masing2? Biasanya kita hanya membuat ujian tekanan darah sewaktu kita berjumpa doktor untuk mengambil cuti sakit/demam dsbnya..
Tapi ketahuilah alat untuk menguji tekanan darah tinggi ini tidaklah mahal cuma dalam RM200 kita dah boleh dapatkannya di farmasi berdekatan.. dah boleh guna bila2 masa di perlukan untuk mengetahui tekanan darah tanpa perlu ke klinik.
Mari ketahui dengan lebih lanjut tentang Tekanan Darah Tinggi/Hypertension
1. Tekanan Darah Tinggi / Hypertensi
Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam dimana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan. Tekanan darah ini berbeza bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza. Hypertensi atau Tekanan darah tinggi adalah penyakit dalam diam yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat.
- Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan II menunjukan peratus kejadian penyakit ini adalah 24%.
- Lebih 2,800,000 rakyat Malaysia mempunyai tekanan darah tinggi. Malangnya 80% tidak menyedarinya. Ia merupakan pembunuh No.1 di Malaysia. (Persatuan Hipertensi Malaysia, 16 Sept 2008)
- Kira-kira 4.8 juta orang atau 43 peratus daripada rakyat Malaysia yang berusia 30 tahun ke atas menghidapi hipertensi (darah tinggi). (The National Health and Morbidity Survey, Jan 2010)
Jantung anda bekerja seperti sebuah pam yang mengecut dan rehat. Tekanan darah diukur dalam dua bacaan contohnya 140/75
- Tekanan sistolik-nombor yang diatas (dalam contoh ini 140)
- Tekanan diastolik- nombor yang bawah (dalam contoh ini 75)
Kategori | Sistolik | Diastolik | |
Normal | Less than 120 | Less than 80 | |
Pra Hypertensi | 120- 139 | 80 - 89 | |
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1 | 140 - 159 | 90 - 99 | |
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2 | 160 or higher | 100 or higher |
Penyebab hypertensi selalunya tidak diketahui walaupun selepas pemeriksaan doktor. Walau bagaimanapun hypertensi boleh disebabkan oleh:
- Cara hidup tidak aktif
- Umur melebihi 35 tahun
- Kegemukan
- Paras kolesterol tinggi
- Faktor keturunan & Sejarah keluarga
- Pengambilan alkohol yang berlebihan & merokok
- Pengambilan garam yang tinggi
- Ubatan seperti steroid, ubat antiradang bukan steroid
- Penyakit buah pinggang
- Pengidap Hypertensi/Darah Tinggi kebanyakkannya tidak mengalami sebarang gejala
- Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti sakit kepala atau pening kepala
- Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi. Selalunya ianya berlaku di waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut (bergantung kepada tahap keterukan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi)
- Untuk memastikan atau mengesahkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, sila periksa tekanan darah anda di klinik berhampiran. Doktor anda akan menasihatkan berapa kerap anda perlu memeriksa tekanan darah.
Tanpa menggunakan ubatan:
- Perlu mengubah amalan cara hidup anda
- Amalkan permakanan sihat
- Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol
- Melakukan senaman berkala
- Kurangkan berat badan jika berlebihan
- Atasi tekanan secara berkesan
- Berhenti merokok
Kategori tekanan darah normal/optima
- Galakkan amalan Gaya Hidup Sihat.
- Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan sihat dan aktiviti fizikal yang bersesuaian.
Pra Hypertensi
- Amalkan gaya hidup sihat
- Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan dan aktiviti fizikal yang bersesuaian.
- Periksa semula tekanan darah anda dalam masa setahun
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1
- Rawatan tanpa ubatan adalah rawatan utama
- Anda perlu mengubahsuai gaya hidup
- Amalkan pemakanan sihat
- Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol dalam makanan
- Lakukan aktiviti fizikal yang teratur
- Kurangkan berat badan jika berlebihan
- Atasi tekanan secara berkesan
- Berhenti merokok
- Periksa semula tekanan darah anda mengesahkan tiada Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi
- Jika anda disahkan mengidap Hypertensive/Darah Tinggi, sila ikut nasihat yang diarahkan
- Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2
Gabungan rawatan tanpa ubatan beserta pemberian ubatan diperlukan bagi merawat Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2
- Amalkan gaya hidup sihat
- Berhenti merokok
- Mematuhi pengambilan ubat dan rawatan susulan
- Prevent and treat complications early
- Pengesanan komplikasi terutamanya :
- Jantung
- Ginjal
- Mata
- Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi
[kredit to izieherb.net]
Oleh yang demikian selain daripada mengawal pemakanan, cara hidup dan/atau mengurangkan berat badan supplement amat penting untuk membantu kita mengelakkan dari terkena tekanan darah tinggi. Saya mengesyorkan kepada anda untuk mengambil sebiji sehari Omega Guard dari Shaklee.
Minyak Ikan Terbaik di Dunia
Shaklee Omega Guard di ekstrak dari ikan laut air sejuk di perairan Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan. Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan berbanding dengan produk Omega di pasaran. Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.
Untuk sebarang pertanyaan dan pengetahuan lanjut cara dan waktu yg sesuai untuk pengambilan vitamin tersebut di atas, jangan segan untuk menghubungi saya seperti yang tertera di bawah :-
Qis
Shaklee Independent Distributor ID No. 1066369
Contact : 012-9160281
Email : manjalarafoods@gmail.com
FB Page : Manjalara Foods & Supplement
No comments:
Post a Comment