Diam x diam dah masuk tahun ke 3 kami menetap di Nusari Bayu, Bandar Sri Sendayan ni..Happy tinggal di sini, taman perumahan yang aman damai, tenang.. 99% penduduknya Melayu..
Tapi sayang kedamaian itu x mampu utk kami pertahankan untuk terus menetap di sini.. Sayang sekali.. apabila kita rasa inilah tempatnya.. inilah tempatnya untuk kami membesarkan anak2 kami.. walau kami tahu x mungkin kami dapat menghabiskan usia tua di sini, tetapi rancangan untuk menetap lebih lama terpaksa kami kuburkan..
Betul.. orang kata.. jangan kita merancang terlalu jauh.. kerana biasa2nya pasti xkan berakhir seperti yang di rancang.. Allah yang maha kuasa lagi maha menentukan.. kita ini hanya hambanya..
Tempat yg kami tuju belum menjanjikan apa-apa.. InshaAllah yang penting kami bersama sekeluarga mengharungi alam baru, di tempat tinggal yang baru.. Semoga Allah merahmati dan sentasa melindungi kami di sana nanti..
Buat teman2 jiran2 tetangga di Nusari Bayu ini.. maafkan kami.. maafkan segala kesalahan kami, keterlanjuran kata2 dan perbuatan kami.. segala yang telah kami termakan dan terminum, segala budi baik anda semua amat kami hargai.. Semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa dan budi baik anda semua terhadap kami. Semoga ikatan persaudaraan yang telah kita bina sesama Islam dapat kita kekalkan walau jauh di mata tetapi dekat di hati..
InshaAllah kami masih orang yang sama walau di mana kami berada.. tegur2lah kami jika terjumpa di mana2.. ia amat menyedihkan tatkala saya menaip rangkap2 ini.. Kerana perpisahan itu amat memilukan..
Mungkin bila di tanya kenapa nak pindah? bukan mudah untuk memberikan jawapan yang terbaik pada semua, tanpa mengecilkan hati mana2 pihak.. mungkin ini semua takdirNya yg Esa.. Doakan kesejahteraan hidup kami sekeluarga, semoga talian persaudaraan kita tidak terputus setakat ini sahaja..
Mujur teknologi masa kini tidak mungkin dapat memutuskan hubungan kita.. FB, Twitter, Whatsapp, Telegram dsbya.. banyak talian tanpa wayar yg bisa menghubungkan kita :)
Selamat tinggal Nusari Bayu.. segalanya akan kami abadikan sebagai kenangan manis yang takkan luput di ingatan..
Sekian,
Salam sayang tulus ikhlas dari kami..
Qis, Nizan, Hadif & Nabila
No comments:
Post a Comment