Monday, 28 October 2013

Vitamin Shaklee Membantu Tingkatkan Tahap Kesuburan Anda


B - Complex
Vitamin paling penting untuk elak kemurungan (anti-stress) & menstabilkan hormon. Uniknya vitamin shaklee kerana ianya turut mengandungi Folic Acid dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.


GLA Complex
Saya syorkan pengambilan GLA Complex kepada kaum wanita untuk membantu meningkatkan tahap kesuburan mereka. Secara amnya, terdapat beberapa fungsi berkaitan kesuburan yang boleh dibantu oleh GLA Complex ini :
  • Mengatur kitaran haid seseorang wanita supaya lebih cantik lantas memudahkan perkiraan waktu subur dibuat.
  • Menambah kualiti kepada cecair mukus serviks wanita supaya lebih subur. Fungsi GLA ialah membantu seseorang wanita menghasilkan cecair mukus serviks yang berkualiti (subur). Cecair mukus serviks ini sifatnya seperti putih telur, pekat dan banyak. Awas jika ia tidak bersifat sedemikian. Cecair mukus serviks inilah yang membantu pergerakan sperma melalui tiub fallopian terus ke uterus untuk proses persenyawaan dengan ovum. Selain daripada itu, cecair mukus ini juga membantu sperma untuk hidup selama 5 hari di dalam tiub fallopian, justeru meningkatkan peluang kehamilan walaupun belum 'kena' waktu subur ketika 'bersama'.
Zinc Complex
Disarankan pengambilan Zinc Complex ini untuk suami, terutamanya bagi tujuan kesuburan. Zinc Complex pula membantu menambah kualiti sperma suami dari segi bilangan sperma, motiliti dan ciri-ciri fizikal sperma. Kajian menunjukkan bahawa antara ciri-ciri sperma yang bagus ialah mempunyai kandungan zinc yang tinggi. Ini kerana, zinc sendiri merupakan bahan utama yang diperlukan untuk menghasilkan bahagian luar dan ekor sperma yang kuat. Hanya sperma yang kuat dan berkualiti sahaja mampu menembusi segala rintangan untuk tiba kepada ovum. 

Selain itu, zinc berperanan membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi kepada kaum lelaki, serta memainkan peranan dalam proses pembentukan genetik pada DNA, di samping fungsi asas zinc untukmeningkatkan sistem imun (melawan bakteria) di dalam tubuh.


Vitamin E
Pengambilan Vitamin E disyorkan untuk kedua-dua pihak suami dan isteri. Umum mengetahui yang vitamin E merupakan anti-oksidan.

Anti-oksidan berfungsi untuk memelihara sel-sel tubuh daripada dirosakkan oleh radikal bebas yang mudah berkeliaran di dalam tubuh manusia. Perlu diingat, radikal bebas boleh merosakkan kualiti sperma dan ovum.

Vitamin E Shaklee yang kaya dengan Selenium pula membantu meningkatkan kualiti dan 'sperm count' serta mengurangkan risiko kecacatan pada janin. Vitamin E pada kaum wanita penting untuk kesihatan rahim.


Selain daripada itu, Vitamin E yang terkenal dengan jolokan nama 'vitamin cinta' atau 'vitamin seks' ini sangat membantu memperbaiki tahap libido (keinginan seks) seseorang.


So, itulah dia 4 vitamin asas daripada Shaklee yang disyorkan untuk suami dan isteri bagi tujuan meningkatkan kesuburan sekaligus membantu meningkatkan peluang untuk hamil. 

[kredit to Masters Hadhatina Mkb]

Untuk sebarang pertanyaan dan pengetahuan lanjut cara dan waktu yg sesuai untuk pengambilan vitamin tersebut di atas, jangan segan untuk menghubungi saya seperti yang tertera di bawah :-

Qis
Shaklee Independent Distributor ID No. 1066369
Contact : 012-9160281
Email : manjalarafoods@gmail.com
FB Page : Manjalara Foods & Supplement

Tuesday, 22 October 2013

Gastrik

Bagaimana penyakit gastrik terjadi ?
TEKANAN (stress), rangsangan atau tindak balas bahan kimia daripada ubat, makanan dan jangkitan bakteria boleh menyebabkan pembengkakan di kawasan permukaan perut. Pembengkakan yang timbul akibat daripada tindak balas setempat ini menyebabkan seseorang itu mendapat gastritis atau lebih dikenali sebagai gastrik.
Jika dibiarkan tanpa rawatan yang sepatutnya akan mengakibatkan ulser. Dan hanya satu cara menyembuhkan ulser iaitu melalui pembedahan. Risau pula mendengarnya.
Perut adalah kawasan yang mengeluarkan rembesan asid yang kuat dan pepsin yang berfungsi untuk menghancur / menghazam bahan-bahan makanan. Kadangkala asid dan pepsin ini yang sepatutnya bertindak / menghazam ke atas makanan seperti daging sebaliknya merosakkan permukaan perut dengan cara menghazamkan/mencerna permuakaan perut yang juga adalah daging. Apabila permukaan perut terhakis asid akan menembusi lapisan pertahanan perut dan mengakibatkan hakisan/kecederaan itu membesar dan akhirnya menjadi ulser. 
Adakah pesakit gastrik tidak boleh sembuh ?

Hakikatnya, pesakit yang menghidapi penyakit ini boleh sembuh disebabkan sifat semulajadi membran perut yang mampu membina semula lapisan perut dengan ubat serta rawatan yang betul.
“Apabila terlalu banyak asid dan lapisan pelindung mula terhakis, pesakit akan mula mendapat gastritis.” – Dr Sukumar Nadesan, Pakar Bedah Am dan Gastro Intestinal, KPJ Tawakkal Specialist Hospital
Gastrik terjadi apabila selaput dalam perut mengalami keradangan atau membengkak. Jenis Gastritis yang menyerang dan sembuh dalam waktu yang singkat dipanggil gastritis akut. Manakala gastrik berpanjangan dan kerap sehingga bertahun-tahun adalah gastritis kronik.
Pesakit yang menghidapi gastritis akut ialah mereka yang sakit disebabkan oleh bakteria Helicobacter pylori atau berpunca dari pengambilan ubat tahan sakit. Berbeza dengan pesakit yang menghidapi gastritis akut, pesakit yang menghidapi gastritis kronik dilihat mejoritinya disebabkan oleh , amalan pemakanan seperti terlalu kerap makan di luar, masa makan yang tidak teratur, jenis makanan seperti pedas, berempah, makan terlalu banyak dan tabiat buruk seperti minum arak atau merokok. Dan sudah tentu pengamal perubatan lebih mudah merawat pesakit gastritis akut daripada gastritis kronik. Namun teliti kembali kita lebih mudah menghidapi penyakit gastritis kronik kerana puncanya adalah gaya hidup serta pengambilan makanan yang kita ambil.
Apakah antara rawatan gastrik ?
Di antara langkah yang diambil sebagai rawatan gastrik adalah seperti berikut:
  1. Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat contoh setiap hari makan tengahari pukul 1.00 tgh plus minus 15 minit.
  2. Pastikan bila makan nasi (tenghari dan malam) selepasnya minum air suam bukan air manis atau air batu. Pastikan juga minum hanya sesudah makan bukan besulamkan minum!!
  3. Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.
  4. Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau
  5. Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dll
  6. Elakkan makan terlalu kenyang
  7. Elakkan cuka, makanan yang pedas
  8. Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.
  9. Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung, dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa.
  10. Elakkan sama sekali dari mengambil sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi rawatan gastrik seperti milk of magnesia dsb kerana ia akan merumitkan lagi gastrik.
  11. Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau annelene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh.

Monday, 21 October 2013

Sustained Release Vita-C Plus 500mg





Vitamin C Semulajadi Dengan Pelepasan Jam demi Jam !!

Shaklee Sustained Release Vita-C Plus merupakan produk pertama yang menawarkan vitamin C dengan kawalan pelepasan secara semulajadi yang menggunakan proprietari dengan sistem penyaluran semulajadi yang melepaskan Vitamin C sedikit demi sedikit dalam masa lima jam.

Sebagai satu anti oksidan yang kuat, vitamin C merupakan nutrien yang mempunyai fungsi menyeluruh yang dapat menyokong kesihatan jantung, kesihatan imun, keutuhan sel serta kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan pembuluh darah.

Tanda-tanda kekurangan Vitamin C

1) Mudah tertekan / Stress - sering letih dan lemah
2) Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik, tapak kaki keras dan kasar
3) Luka yang lambat sembuh
4) Mudah selesema / bersin
5) Wajah nampak tua dari usia (Vitamin C penting utk pembentukan kolagen)
6) Mudah dapat ulser
7) Mudah demam / antibodi tak kuat
8) Gusi Berdarah
9) Salur darah mengecil
10) Sakit sendi
11) Tanda lebam pada badan
12) Weight loss (bukan kurus sihat tapi kurus yang tak sihat, lemah dan kusam)


[kredit to Masters Hadhatina Mkb]



Untuk sebarang pertanyaan dan pengetahuan lanjut cara dan waktu yg sesuai untuk pengambilan vitamin tersebut di atas, jangan segan untuk menghubungi saya seperti yang tertera di bawah :-

Qis
Shaklee Independent Distributor ID No. 1066369
Contact : 012-9160281
Email : manjalarafoods@gmail.com
FB Page : Manjalara Foods & Supplement

Saturday, 19 October 2013

Tujuh Rahsia Istighfar




Istighfar adalah memohon ampun kepada Allah Subhanahu WTa'ala dengan kalimat   "Astaghfirullahal'adzim" atau kalimat lain yang semakna.

Permohonan ampun ini dilakukan dengan hati yang tulus dengan penyesalan atas kesalahan serta bertekad untuk tidak mengulanginya.

Inilah 7 rahsia istighfar :

1. Mendatangkan ampunan dari Allah.



فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا  يُرْسِلِ السَّمَاءِ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا  وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَل لَّكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَل لَّكُمْ أَنْهَارًا
"Maka aku katakan kepada mereka, Ber-istighfar-lah kamu kepada Tuhanmu,sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai." (Qs.Nuh: 10-12).

2. Mengatasi kesulitan dan terbukanya pintu rezeki.
"Barangsiapa beristighfar secara rutin, pasti Allah memberinya jalan keluar dalam kesempitan dan memberi rezeki yang tiada terhingga padanya." (HR.Abu Daud).

3. Menambah kekuatan.



وَيَا قَوْمِ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا وَيَزِدْكُمْ قُوَّةً إِلَىٰ قُوَّتِكُمْ وَلَا تَتَوَلَّوْا مُجْرِمِينَ
Dan (dia berkata): "Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertobatlah kepada-Nya, niscaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa". (QS.Hud : 52).

4. Memperoleh banyak kenikmatan.

وَأَنِ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ يُمَتِّعْكُمْ مَتَاعًا حَسَنًا إِلَىٰ أَجَلٍ مُسَمًّى وَيُؤْتِ كُلَّ ذِي فَضْلٍ فَضْلَهُ وَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ كَبِيرٍ
"Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. (Jika kamu mengerjakan yang demikian), niscaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberikan kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa siksa hari kiamat." (QS.Hud : 3).

5. Turunnya rahmat.



 قَالَ يَا قَوْمِ لِمَ تَسْتَعْجِلُونَ بِالسَّيِّئَةِ قَبْلَ الْحَسَنَةِ لَوْلَا تَسْتَغْفِرُونَ اللهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
Dia berkata: "Hai kaumku, mengapa kamu minta disegerakan keburukan sebelum (kamu minta) kebaikan? Hendaklah kamu meminta ampun kepada Allah, agar kamu mendapat rahmat". (QS.An naml : 46).

6. Sebagai kafaratul majelis.
"Barangsiapa yang duduk dalam satu majelis (perkumpulan orang) lalu di dalamnya banyak perkataan sia-sianya atau (perdebatan) kemudian sebelum ia bangkit dari majelis membaca (istighfar),

Subhaanakallahumma wa
bihamdika asyhadu allaa ilaaha illa
anta astaghfiruka wa atuubu ilaik.

"Maha suci Engkau ya Allah dan aku memuji-Mu dan aku bersaksi bahwa tiada Allah melainkan Engkau, aku meminta ampun dan bertaubat kepada-Mu."
Maka ia akan diampuni kesalahan-kesalahan yang diperbuatnya selama di majelis itu." (HR.Turmudzi, Nasa'i, ibnu Hibban, abu daud dan al hakim).

7. Terhindar dari azab Allah.



وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُعَذِّبَهُمْ وَأَنْتَ فِيهِمْ وَمَا كَانَ اللَّهُ مُعَذِّبَهُمْ وَهُمْ يَسْتَغْفِرُونَ
Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun. (QS.Al-anfal : 33).

[kredit to Sofyan Abdullah]

Thursday, 17 October 2013

What is Blood Pressure & Hypertension

Satu hari di Malam Raya Aidiladha yang lalu.. kami sekeluarga mencuba tekanan darah masing2 dan menimbang berat badan masing2..  mak, suami, abang dan adik beradik semua mencuba.. sebelum tu mmg kami byk makan hehe.. menelan kambing n sate kambing fuhhh x hengat..

Bacaan tekanan darah abang saya ialah 141/? hoi mak ai.. tinggi tu.. ia di kira masuk kedalam schedule stage 1 hypertension huhu..

Bacaan tekanan darah mak 139/? ia pula dah di kira masuk ke dalam schedule 'prehypertension' huhu..

Bacaan tekanan darah suami pula 136/? samalah cam  mak jugak huhu..

Pernahkah anda semua mencuba tekanan darah masing2? Biasanya kita hanya membuat ujian tekanan darah sewaktu kita berjumpa doktor untuk mengambil cuti sakit/demam dsbnya..

Tapi ketahuilah alat untuk menguji tekanan darah tinggi ini tidaklah mahal cuma dalam RM200 kita dah boleh dapatkannya di farmasi berdekatan.. dah boleh guna bila2 masa di perlukan untuk mengetahui tekanan darah tanpa perlu ke klinik.

Mari ketahui dengan lebih lanjut tentang Tekanan Darah Tinggi/Hypertension


1. Tekanan Darah Tinggi / Hypertensi

Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam dimana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan. Tekanan darah ini berbeza bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza. Hypertensi atau Tekanan darah tinggi adalah penyakit dalam diam yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. 
  • Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan II menunjukan peratus kejadian penyakit ini adalah 24%.
  • Lebih 2,800,000 rakyat Malaysia  mempunyai tekanan darah tinggi. Malangnya 80% tidak menyedarinya. Ia merupakan pembunuh No.1 di Malaysia. (Persatuan Hipertensi Malaysia, 16 Sept 2008)
  • Kira-kira 4.8 juta orang atau 43 peratus daripada rakyat Malaysia yang berusia 30 tahun ke atas menghidapi hipertensi (darah tinggi). (The National Health and Morbidity Survey, Jan 2010)

2. Bacaan Tekanan Darah

Jantung anda bekerja seperti sebuah pam yang mengecut dan rehat. Tekanan darah diukur dalam dua bacaan contohnya 140/75
  • Tekanan sistolik-nombor yang diatas (dalam contoh ini 140)
  • Tekanan diastolik- nombor yang bawah (dalam contoh ini 75)
 Kategori Sistolik Diastolik
 Normal Less than 120 Less than 80
 Pra Hypertensi 120- 139 80 - 89
 Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1 140 - 159
 90 - 99
 Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2 160 or higher
 100 or higher


3. Penyebab-penyebab Tekanan Darah Tinggi



Penyebab hypertensi selalunya tidak diketahui walaupun selepas pemeriksaan doktor. Walau bagaimanapun hypertensi boleh disebabkan oleh:
  • Cara hidup tidak aktif
  • Umur melebihi 35 tahun
  • Kegemukan
  • Paras kolesterol tinggi
  • Faktor keturunan & Sejarah keluarga
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan & merokok
  • Pengambilan garam yang tinggi
  • Ubatan seperti steroid, ubat antiradang bukan steroid 
  • Penyakit buah pinggang


4. Tanda dan Gejala Tekanan Darah Tinggi

  • Pengidap Hypertensi/Darah Tinggi kebanyakkannya tidak mengalami sebarang gejala
  • Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti sakit kepala atau pening kepala
  • Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi. Selalunya ianya berlaku di waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut (bergantung kepada tahap keterukan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi)
  • Untuk memastikan atau mengesahkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, sila periksa tekanan darah anda di klinik berhampiran. Doktor anda akan menasihatkan berapa kerap anda perlu memeriksa tekanan darah.
Peringatan, jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin telah terlambat.


5. Komplikasi Tekanan Darah Tinggi




  • Otak: Serangan Stroke/Angin Ahmar atau Stroke ringan dan sementara (Transient Ischaemic Attack)
  • Penyakit jantung seperti : Kegagalan jantung, serangan jantung dan kematian disebabkan oleh Coronary Heart Disease, Congestive Heart Failure & Left Ventricular Hypertrophy.
  • Komplikasi pada mata: Perdarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata (Hypertensive Retinopathy)
  • Komplikasi pada buah pinggang: Kegagalan fungsi buah pinggang (paras serum kreatinin tinggi, Microalbuminuria, Proteinuria).
  • Peripheral vascular disease seperti: Aneurysm, Kehilangan satu atau lebih denyut nadi & pembuluh darah menjadi keras.

  • 6. Rawatan Hypertensive / Darah Tinggi

    Tanpa menggunakan ubatan:
    • Perlu mengubah amalan cara hidup anda
    • Amalkan permakanan sihat
    • Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol
    • Melakukan senaman berkala
    • Kurangkan berat badan jika berlebihan
    • Atasi tekanan secara berkesan
    • Berhenti merokok
    Kategori tekanan darah normal/optima
    • Galakkan amalan Gaya Hidup Sihat.
    • Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan sihat dan aktiviti fizikal yang bersesuaian.
    Pra Hypertensi
    • Amalkan gaya hidup sihat
    • Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan dan aktiviti fizikal yang bersesuaian.
    • Periksa semula tekanan darah anda dalam masa setahun
     Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1
    • Rawatan tanpa ubatan adalah rawatan utama
    • Anda perlu mengubahsuai gaya hidup
    • Amalkan pemakanan sihat
      • Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol dalam makanan
    • Lakukan aktiviti fizikal yang teratur
    • Kurangkan berat badan jika berlebihan
    • Atasi tekanan secara berkesan
    • Berhenti merokok
    • Periksa semula tekanan darah anda mengesahkan tiada Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi
    • Jika anda disahkan mengidap Hypertensive/Darah Tinggi, sila ikut nasihat yang diarahkan
    • Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi
    Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2
    Gabungan rawatan tanpa ubatan beserta pemberian ubatan diperlukan bagi merawat Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2
    • Amalkan gaya hidup sihat
    • Berhenti merokok
    • Mematuhi pengambilan ubat dan rawatan susulan
    • Prevent and treat complications early
    • Pengesanan komplikasi terutamanya :
      • Jantung
      • Ginjal
      • Mata
    • Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi
    [kredit to izieherb.net]

    Oleh yang demikian selain daripada mengawal pemakanan, cara hidup dan/atau mengurangkan berat badan supplement amat penting untuk membantu kita mengelakkan dari terkena tekanan darah tinggi. Saya mengesyorkan kepada anda untuk mengambil sebiji sehari Omega Guard dari Shaklee.

    Minyak Ikan Terbaik di Dunia

    Shaklee Omega Guard di ekstrak dari ikan laut air sejuk di perairan Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan. Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan berbanding dengan produk Omega di pasaran. Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.

    Untuk sebarang pertanyaan dan pengetahuan lanjut cara dan waktu yg sesuai untuk pengambilan vitamin tersebut di atas, jangan segan untuk menghubungi saya seperti yang tertera di bawah :-


    Qis
    Shaklee Independent Distributor ID No. 1066369
    Contact : 012-9160281
    Email : manjalarafoods@gmail.com
    FB Page : Manjalara Foods & Supplement


    Tuesday, 15 October 2013

    myChecklist what to bring to the Hospital

    Salam Aidiladha dari Qis...

    Tahun ni Qis x balik kampung.. Abang Qis dah ambil mak n abah dari kampung bawa ke Kg. Melayu Subang. So.. kami dapat juga beraya dengan mak abah dan adik beradik yg berhampiran di Kg Melayu Subang n di rumah Kak Ngah di Sg. Buloh, Selangor.

    Mood Raya Haji dah habis, now start with google apa barang yang perlu di bawa ke hospital nanti, wah macam x pernah bersalin??? anak pertama ke??? serius dah lupa n inilah caranya nak refresh semula hehe..
    so barang2 yang perlu di bawa ialah :-

    For mami :-

    1. Buku Merah
    2. Tuala Mandi
    3. Tuala Wanita
    4. Baju butang depan 2 helai
    5. Baju Sejuk 1 helai
    6. Kain batik 2 helai
    7. Stokin tebal 2 pasang
    8. Bra penyusuan 2 helai
    9. Panties 4 helai
    10. Toiletries (syampu, shower cream, ubat gigi n berus gigi, sikat n bedak)
    11. Sedikit makanan n minuman (biskut, roti, 3 in 1 milo dan oat)

    For baby :-

    1. Baju 2 pasang
    2. Diapers 5 pcs
    3. Tuala
    4. Tuala tangan
    5. Kain lampin
    6. Kain bedung
    7. Toiletries (minyak, bedak, mandian)

    Haa.. tu dia.. rasa cam byk je.. InshaAllah muatlah kot 1 bag huhu..
    Semoga segalanya di permudahkan.. amin..





    Friday, 11 October 2013

    ESP (Soy Protein Isolate Powder)



    TAHUKAH ANDA ?

    Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.

    SHAKLEE ENERGIZING SOY PROTEIN

    Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

    Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

    Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

    PROTEIN SOYA SHAKLEE IALAH NON-GMO SOY!

    Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.

    RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM):

    1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
    2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
    3. Liver (penyakit hati)
    4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
    5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
    6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
    7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
    8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
    9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
    10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
    11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
    12. Irritability (Badan menggeletar)
    13. Fatigue (Letih lesu)
    14. Weakness (Lemah)
    15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
    16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
    17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

    KELEBIHAN ESP IALAH :

    1. Membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan, dari sel akan terbentuk organ. Dari organ terhasilnya sistem. Ia penting kepada pembentukan janin dan juga membantu untuk menambahkan susu.

    2. Menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk sihatkan jantung.

    3. Setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat.

    4. Kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat, payudara dan menepous.

    5. Indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah.

    6. Jadi... Apa yang anda akan dapat setelah minum ESP ni?

    7. Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster (kalau minum pagi2 tu. terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonuslah for weight management)

    8. Lelaki : melindungi dari any disease(heart, cancer etc)

    9. Ibu mengandung : for a healthier pregnancy – well-grown fetus ; less late pregnancy discomfort.

    10. Wanita : keanjalan kulit… (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).

    Perbezaan antara Ubat dan Vitamin

    Medicine ( Ubat )

    1. Ubat sama sekali ganjil dengan tubuh badan. Mereka tidak menjadi sebahagian daripada tisu-tisu kita, tidak juga menyumbang bahan-bahan berkhasiat.

    2. Ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi –fungsi secara menggangu tindakan biokimia dan proses enzim.

    3. Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakkan boleh kekal dalam badan. Malahan aspirin boleh kekal menyebabkan ganguan dalam perut, pendarahan dalam perut, loya, ganguan penglihatan, ganguan mental, bintik-bintik merah, telinga berdengung, ganguan penghadaman, dan akhirnya kematian.

    4. Ubat bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh mengangu satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan-kesan sampingan.

    5. Ubat baik dimakan biasanya dipertengahan waktu makan untuk mengelakkan hal yang saling mempengaruhi atau pencairan oleh kesan daripada makanan.

    6. Ubat berkemungkinan membawa maut. Salah guna atau berlebihan boleh membunuh.

    7. Ubat menghasilkan kesan kepada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorang itu. Seseorang boleh merasai kesan pengambilannya.

    8. Ubat bertindak cepat dan menakjubkan, sering mengasar.seseorang boleh menerima kesanya dalam jangka masa yang pendek beberapa minit atau jam.

    8. Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi bukanya merawat punca sakit. Ianya hanya menutup kesakitan, disebaliknya ia tidak memulihkan. Tidak ada keadaan badan yang disebabkan oleh kekurangan apa-apa ubat. Contohnya sakit kepala, bukan disebabkan kekurangan aspirin pada sesuatu system.

    9. Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan yang rendah kerana mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika dibandingkan dengan orang muda.

    Supplement ( Vitamin )

    1. Bahan berkhasiat kesemuanya adalah semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ.

    2. Bahan-bahan berkhasiat bertindak dengan membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.

    3. Bahan berkhasiat tidak menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya berlebihan hanya tergangu sementara. Oleh itu badan akan membina system enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ianya bersedia menghadapi kelebihan.

    4. Bahan berkhasiat bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.

    5. Bahan berkhasiat baik diambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penghadaman lain-lain factor makanan.

    6. Bahan berkhasiat adalah selamat. Tiada satu pun kenyataan yang tercatit mengenai merbahayanya dengan pengambilan vitamin, zat galian dan asid amino.

    7. Bahan berkhasiat tidak menghasilkan tindak balas kepada seseorang. Ianya hanya member kesan sekiranya bahan-bahan berkhasiat ternyata kekurangan dalam tubuh badan.

    8. Bahan-bahan berkhasiat bertindak secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang. Ia kebiasannya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan kejayaan.

    9. Bahan berkhasiat bertindak merawat terhadap PUNCA penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangannya. Jika sesuatu keadaan yang sedia ada itu berpunca dari kekurangan sesuatu bahan berkhasiat yang tertentu oleh itu menambahkannya ketika mengambil makanan dapat mengatasi masalah serta kerosakan yang telah terjadi dan tidak berulang lagi.

    10. Orang tua memerlukan lebih banyak bilangan khasiat, oleh kerana factor-faktor kekurangan yang berlarutan begitu lama serta penghadaman yang lemah.

    RINGKASANNYA...

    Ubat di ambil ketika kita sakit sahaja...
    Supplement boleh diambil bila-bila masa... 
    dan yang paling penting minum air banyak semasa mengambil supplement...

    Ubat mengandungi dadah yg membolehkan ia bertindak dengan cepat....
    Supplement tidak menggunakan dadah tetapi mengandungi banyak vitamin-vitamin yang sihat yg digunakan untuk melawan segala penyakit....


    MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI.

    Monday, 7 October 2013

    Finally the shaklee vitamins has arrived !!




    Haa.. tadaaaa... ni lah vitamin shaklee yg saya nak consume semasa 3rd trimester ni dan masa berpantang n menyusu nanti.. hubby pun memberi sokongan padu, hubby juga akan consume dengan dietary supplemen dia [ESP, Herb-Lax, Lecithin, Cinch Latte, Ostematrix dan Omega Guard] manakala saya consume dulu dengan [ESP, Vita-Lea, Vit-C, Ostematrix, B-Complex dan Omega Guard] cuma after deliver nanti nak add lagi vitamin zinc complex dan alfafa :)

    Seronok giler dapat consume vitamin kan!! Selama ni tertanya2 apalah rasa ESP tu..now bila dah rasa.. laaaa ok je rasanya.. buat masa ni saya add on susu Anmum bersama ESP, terbaekkk!!!

    Suami pun gembira dengan rasa Cinch Latte + ESP, siap nak bawa kat tempat kerja, sebab dia xnak makan nasi lagi.. dalam Cinch Latte sendiri dah ade karbohidrat dan lain2 zat yg cukup utk mengekalkan rasa kenyang :)

    Saya simpan semua vitamin2 kat dalam almari kaca ni.. Hari2 nampak gerenti x lupa nak makan, kalau sebelum ni kite letak ntah kat mana2 ceruk dapur, sampai lupa nak makan vitamin yg dah tentulah harganya WOW!! but its actually cheaper than others yg kat farmasi tu.. tapi kita buat endah x endah, mula2 je semangat kan!! pastu botol vitamin tu tergolek bawah dapur pun kite biarkan je..

    So, start from today kite kenelah berubah.. demi kesihatan kite juga :)

    Ni almari ni saya letak kat sebelah tv kat ruang tamu sebelah pintu masuk rumah.. in case kalau nak keluar rumah mesti nampak, eh eh aku x makan vitamin lagi lah hahaha... or time menonton pun mesti nampak je vitamin yg selonggok depan mata tu, kalau x di makan rugilah duit ko dah berhabisan kan huhu..