Wednesday, 12 November 2014

Berhabuk - Bersawang dan seangkatan dengannya

Assalamualaikum w.b.t

Dah lama betul Qis tak bersiaran kat blog Qis ni.. dengan masalah internet kat sini memang menggugat rasa jiwa dan raga.. But soon.. rumah mak dah pun ada Internet hew hew..

Untuk makluman Qis dah nak berpindah ke kampung halaman.. ada seminggu lagi.. Dalam hati ni dah berbagai rasa.. Ada rasa best ada juga rasa tak best..

Rumah sewa yg di inginkan tak dapat lagi.. dan ada pulak orang yang mungkin tak suka Qis balik kampung.. Entahlah mungkin cuma rasa Qis je tu.. abaikanlah ye.

Sekarang ni Qis busy buat jadual utk kerjaya baru di kampung.. edisi frozen food yang baharu cadangnya ialah :-

1) Roti Canai Segera 5 kpg RM5
2) Aneka Pau 10 biji RM5

dan..

3) Aneka Roti seperti :-
a. Roti Sarang Lebah 8 ketul RM5
b. Roti Sosej RM2
c. Roti Pizza Sosej RM1
d. Mexican Bun RM1
e. Roti Butter Manis RM1

4) Kek Keju Meleleh RM5
5) Congo Bars RM45 atau 3 bar RM4.50

Rasanya ni je dulu.. slow-slow Qis tambah produk lain.



Saturday, 8 March 2014

Set Kesihatan Sendi & Tulang hadiah untuk ayah tersayang

Osteoarthritis lebih mudah dikenali sebagai sakit sendi. Ia merupakan sejenis penyakit sendi yang mempunyai ciri keradangan. Sendi pula ialah bahagian badan di mana dua tulang berlainan bertemu.


Ia berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus. Ini akan menyebabkan sendi menjadi bengkak, sakit dan kebas dan menjadi punca kepada kemerosotan sendi tulang yang progresif (penyakit degeneratif sendi).
Keradangan berlaku kerana darah (tidak cukup khasiat) yang dibekalkan kurang meskipun seseorang itu sihat. Ini kerana, tubuh badan tidak boleh menghasilkan zat makanan yang mencukupi bagi menyelaras dan memastikan kadar pemulihan dan pembaharuan yang diperlukan.

Sendi yang selalunya berlaku keradangan adalah lutut. Hal ini demikian kerana, lutut adalah sendi yang menampung berat badan kita dan sentiasa digunakan sepanjang hidup kita.

Berikut adalah tanda-tanda penyakit Osteoarthritis:
  1. Sakit pada sendi yang terlibat.
  2. Kesukaran untuk membengkokkan atau meluruskan sendi akan berlaku.
  3. Sesetengahnya akan mengalami kebengkakan.
  4. Adanya pembesaran tulang sendi.

Bagaimanakah cara nak mengatasi sakit sendi ini? Amalkan tiga produk ini :
Produk 1 : Mengekalkan tulang rawan yang sihat
Advanced Joint Health Tablet memberikan manfaat kepad sendi dalam tiga(3) cara :
(i) menyokong keselesaan sendi
(ii) memelihara tisu penyambung yang sihat
(iii) meningkatkan kesan kusyen

Produk 2 : Mengurangkan inflamasi
Omega Guard Shaklee adalah omega3 yang melambatkan degradasi tulang rawan. ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi..jadi ia boleh membantu mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi. omega juga bertindak sebagai pelincir. ia membantu kita untuk bergerak dengan lebih bebas. Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja.
Produk 3 : Mengekalkan sel tulang yang sihat
Ostematrix adalah Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. Ramai orang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup magnesium. Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang temulang tatapi juga membantu mengurangkan gejala osteoarthritis.

Untuk sebarang pertanyaan dan pengetahuan lanjut cara dan waktu yg sesuai untuk pengambilan vitamin tersebut di atas, jangan segan untuk menghubungi saya seperti yang tertera di bawah :-

Qis
SID No. 1066369
Contact : 012-9160281
Email : manjalarafoods@gmail.com





Wednesday, 5 March 2014

ESP minuman kegemaran saya !!


Kenapa ESP menjadi sangat terkenal dalam Shaklee?

Hasil pengalaman minum ESP hari2 tanpa miss saya dapati ESP ini sangat sedap di campur dengan susu..
SUKERRRR SANGATTTTT !!! rasa jiwa kosong bila x minum sehari..

Hasil dari minum ESP setiap hari saya dapat protein yg lengkap dengan 9 asid amino penting utk fungsi tubuh saya.. sebenarnya saya bukan penggemar soya.. sehingga kini pun saya tak suka minum soya asli tu.. Entah kenapa saya lebih sukakan soya serbuk ni hehe..

Saya consume semasa mengandung 7 bulan sehinggalah sekarang.. hasilnya saya sangat cergas dan bertenaga di akhir2 tempoh kehamilan.. kulit anak saya juga bersih, lembut dan berseri :)



ESP ni sesuai untuk semua, baik lelaki mahupun perempuan, kanak2, atau remaja.. pada yg masih belajar ESP sangat bagus di minum pada waktu pagi kerana ESP mengandungi protein dan protein membantu memberi lebih daya penumpuan semasa belajar mahupun bekerja :)

Cara makan ESP ni ialah dengan mengambil satu scoop atau satu sudu besar utk setiap hidangan tidak lebih dari 3 kali sehari. ESP di bancuh dengan air kosong suhu bilik ataupun sejuk, di campur dengan jus, susu atau cereal juga boleh dibuat ice blended.. ESP tidak boleh dibancuh dengan air panas.

Pada individu yang sedang berdiet, ESP memberi peranan dalam pembinaan otot selepas diet, byk sel2 mati serta otot dan kulit yg kendur boleh dirapikan semula sekaligus kulit anda akan kelihatan cantik dan muda.

Now bulan promosi ESP tau, untuk bulan MArch ni aje, so jangan lepaskan peluang ini, beli 6 dapat percuma 1.

Untuk sebarang pertanyaan dan pengetahuan lanjut cara dan waktu yg sesuai untuk pengambilan vitamin tersebut di atas, jangan segan untuk menghubungi saya seperti yang tertera di bawah :-

Qis
SID No. 1066369
Contact : 012-9160281
Email : manjalarafoods@gmail.com
FB Page : https://www.facebook.com/manjalarafoodsnsupplement

Monday, 24 February 2014

Kuih Melayu versi air gula merah

Haa,, ni dia kuih melayu yg telah di modenkan..
Lompat tikam ni mmg menarik tekak kan !!!

gambar ihsan lompat tikam versi air gula atas

gambar ihsan lompat tikam versi air gula kat bawah
Sumsum percubaan pertama saya :)


yang ini pula sumsum yg saya cuba buat pertama kali.. bolehlah.. banyak masa nak improve lagi, mikirkan acuan yg cun utk dicedokkan kedalam bekas tu then dok pk nak jual bape hinggit hehe (otak bisnes) :p


Gambar ihsan google Kuih Lopes

Kuih lopes ni saya belum try lagi.. rasa ni paling susah n leceh sikit dari lompat tikam n sumsum kot.. Entahlah.. belum cuba belum tahu..

Jadi.. saya rasa nak jual lompat tikam n sumsum la.. ADE BRANI ???

Vitalea



Baiklah semua kenapa kita masih membincangkan tentang Vitalea? Qis ni x habis2 asyik cakap pasal Vitalea aje kan?? Yelah sebab kita masih lagi dalam bulan promosi Vitalea (Multivitamin hebat dari Shaklee)..

Perbezaan Shaklee
  • Setiap tablet Vitalea ini mengandungi  30 nutrisi harian lengkap yang di ekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana yang disarankan oleh RDA.
  • Di formulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.
  • Tablet Vitalea disaluti dengan serbuk nutrisi - spirulina
  • Merupakan tablet multivitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia
  • Ujian klinikal membuktikan dengan pengambilan Vitalea selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.

Manfaat utama
  1. Penambahan tenaga segera
  2. Pelengkap nutrisi
  3. Keupayaan sistem produktif
  4. Metabolisma
  5. Elemen penting pada sel tubuh
  6. Melindungi organ
OK !!! jom consume multivitamin Vitalea ni untuk kesihatan berpanjangan ..

2 tablet sehari selepas makan :)

Wednesday, 19 February 2014

Nusari Bayu 2, Bandar Sri Sendayan

Diam x diam dah masuk tahun ke 3 kami menetap di Nusari Bayu, Bandar Sri Sendayan ni..Happy tinggal di sini, taman perumahan yang aman damai, tenang.. 99% penduduknya Melayu..

Tapi sayang kedamaian itu x mampu utk kami pertahankan untuk terus menetap di sini.. Sayang sekali.. apabila kita rasa inilah tempatnya.. inilah tempatnya untuk kami membesarkan anak2 kami.. walau kami tahu x mungkin kami dapat menghabiskan usia tua di sini, tetapi rancangan untuk menetap lebih lama terpaksa kami kuburkan..

Betul.. orang kata.. jangan kita merancang terlalu jauh.. kerana biasa2nya pasti xkan berakhir seperti yang di rancang.. Allah yang maha kuasa lagi maha menentukan.. kita ini hanya hambanya..

Tempat yg kami tuju belum menjanjikan apa-apa.. InshaAllah yang penting kami bersama sekeluarga mengharungi alam baru, di tempat tinggal yang baru.. Semoga Allah merahmati dan sentasa melindungi kami di sana nanti..

Buat teman2 jiran2 tetangga di Nusari Bayu ini.. maafkan kami.. maafkan segala kesalahan kami, keterlanjuran kata2 dan perbuatan kami.. segala yang telah kami termakan dan terminum, segala budi baik anda semua amat kami hargai.. Semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa dan budi baik anda semua terhadap kami. Semoga ikatan persaudaraan yang telah kita bina sesama Islam dapat kita kekalkan walau jauh di mata tetapi dekat di hati..

InshaAllah kami masih orang yang sama walau di mana kami berada.. tegur2lah kami jika terjumpa di mana2.. ia amat menyedihkan tatkala saya menaip rangkap2 ini.. Kerana perpisahan itu amat memilukan..

Mungkin bila di tanya kenapa nak pindah? bukan mudah untuk memberikan jawapan yang terbaik pada semua, tanpa mengecilkan hati mana2 pihak.. mungkin ini semua takdirNya yg Esa.. Doakan kesejahteraan hidup kami sekeluarga, semoga talian persaudaraan kita tidak terputus setakat ini sahaja..

Mujur teknologi masa kini tidak mungkin dapat memutuskan hubungan kita.. FB, Twitter, Whatsapp, Telegram dsbya.. banyak talian tanpa wayar yg bisa menghubungkan kita :)

Selamat tinggal Nusari Bayu.. segalanya akan kami abadikan sebagai kenangan manis yang takkan luput di ingatan..

Sekian,
Salam sayang tulus ikhlas dari kami..
Qis, Nizan, Hadif & Nabila





Thursday, 6 February 2014

Produk Shaklee


Kenapa saya pilih Shaklee?
Set produk vitamin lengkap untuk tubuh badan kita
Kandungan vitamin yg menepati keperluan tubuh badan kita
Di jamin HALAL
Saya sendiri telah mengamalkannya
InshaAllah ia sangat berkesan untuk anda juga :)




Isu Cikgu Pukul Pelajar

Saya terpanggil untuk meluah, bercerita based on my experiences..

Saya bukan guru@cikgu saya hanya org biasa seperti anda2 di luar sana.. Mak saya surirumah dan Abah saya adalah seorang guru.. Saya adalah anak ke 6 daripada 8 org adik beradik.. mungkinkah kerana saya dan adik2 adalah anak2 mak abah yg hujung usia mereka (i means mak abah dah tua) jadi kami terlebih manja jugaklah.. Tapi walaupun terlebih manja kene jugaklah mulut di cili sebab blajar mancarut ngan kawan2, blakang kene bantai ngan getah paip.. kene tarik dari atas katil jatuh ke bawah.. mak saya bukan calang2 org.. mak saya org yang garang.. dan akhirnya saya mengakui saya juga mewarisi sedikit baran dari mak abah saya..

Tapi saya nak tanyalah.. berapa ramai ibu bapa yg sanggup pukul anak seperti mak abah saya buat??? Jawapannye tak ada.. kalau ade pun yg mmg dah masuk tv dan penjara akibat kes dera serta melibatkan kematian..

Ibu bapa sekarang sangat2 memanjakan anak2 mereka.. apatah lagi cikgu sendiri tidak boleh memarahi anak mereka.. saya tak kata org lain.. begitu juga dengan saya.. amat terkedu dengar anak mengadu macam2.. kawan2 yang nakal.. kawan tumbuklah.. cikgu tarik rambutlah (dlm hati berani cikgu tarik rambut anak aku) betul tak??

Tapi persoalannya dulu kita tak berani nak mengadu pada mak abah sebab mak abahnye lagi garang dari cikgu.. zaman sekarang terbalik.. mak abahnya dahlah tak garang, manjakan anak2, semua permintaan anak bagi je.. alat2 permainan.. usah cakap satu bilik tu mainan sahaja..nak itu bagi nak ini bagi.. pastu mak abahnya sibuk kerja mana ade masa bagi kasih sayang, mana ada masa ajar anak2 adab sopan, amalan rohani.. ibadah,.. dan lain2 lagi.. dengan memberi apa yang anak2 minta itu bukanlah kasih sayang..

Dulu2 macam kejam je.. cikgu berani merotan berbirat2 balik rumah diam takut nak cakap.. budak sekarang x kene rotan cikgu marah je balik dah masam muka.. nangis.. mak abah yg tengok anknye nangis mesti sayu hati.. kite cepat sangat melatah bila org buat anak kita menangis.. katalah terkuat sikit cikgu pukul pakai pembaris, dah berbirat nampak kesannya.. mulalah kita buat havoc kat sekolah.. 

Padahal salah sape anak2 mengadu.. salah cikgu ke? salah kita ke? fikir-fikirkanlah.. saya dah mula fikir yang saya terlalu manjakan anak2.. hingga sikit2 mengadu.. tapi salahkan anak2 kita mengadu pada kita, pada siapa lagi mereka nak mengadu kalau bukan pada kita.. cuma kita kenalah ambil pendekatan bijak dan jangan cepat melatah...


Wednesday, 5 February 2014

Promosi Februari 2014



Fanatic goes to fantastic !

helo helo helo..

nak tahu tak kenapa saya FANATIC sangat lepas consume shaklee supplemen ni.. sebab pertama dulu masa ngandungkan abang n kakak, saya x berpeluang nak makan supplemen or berpantang ngan supplemen.. adelah setakat satu jenis supplemen.. tapi tak complete la.. jamu pun tak makan.. hu hu.. bf pon 3 bulan jer..

now bila nak dapat anak no 3.. kebetulan dah retired dari makan gaji heheh.. dok rumah makan tido je kan.. (lemau badan).. DENGAN AZAM NAK BREASTFEED Imran sampai 2 tahun (InshaAllah)..  excited nak sharing macam2 kelebihan vitamins.. kelebihan breastfeeding, kelebihan stroller, kelebihan car seat, kelebihan nursing cover, kelebihan tudung itu ini.. (sebab saya mmg fanatik ngan fashion tudung yg macam2 skang ni) (dulu saya si penjual tudung) dan macam2 lagi nak merepek merapu..

lagilah tu, dengan izin Allah luka jahitan baik dalaman mahupun luaran cepat baik dgn mengamalkan vitamin2 shaklee tu.., haiiii syokkknyerrr.. suami senyum lebarrrr hahaha.. (kite kene jaga suami dik ooiii..) walau tak mampu nak jaga 100% ... at least kan :)

bukan niat nak kasi org jeles or nak riak or nak bukak aib.. niat saya hanya satu kongsi pengalaman supaya org lain akan lebih berhati2 dalam memilih supplemen or memilih barangan.. yg mana murah, yg mana mahal, yg mana berkualiti tapi murah.. hahaha.. kan bagus tu.. (kecuali kalau ade org jeles dgn merepek merapu saya yg byk berguna ni, itu terpulang kat dia) kita pk yg POSITIF AJE !!!

share kat mana beli barang bla bla bla.. kalau yg tak tahu boleh jadi tahu.. share 'ohh supplemen ni bagus utk tulah'.. org tak tahu leh jadi tahu.. senang citer kite kongsi ilmu yg ade, tanda kita prihatin ngan org2 di sekeliling kita.. barulah FANTASTIC !!!

Jadi elakkan pemikiran kita di dalam kotak aje.. berfikirlah di luar kotak.. up to date la sikit.. walaupun saya xdelah mampu sangat nak up to date nye.. tapi niat tu ade.. impian tu ade.. mana tahu magic word saya jadi kenyataan.. ALHAMDULILLAH :) senyum lebar hehee..


Friday, 24 January 2014

Bila mami dan kakak meniarap macam askar



Haaa... tadaaa..
Bila mami dan kakak menyusun askar2 ini ..
Pastu siap sedialah utk di tembak hahaha..

Mami upload gambo ni sebab kakak yang tembak ni, sharp tapi senget..
tak perasan pulak mami camne kakak pegang senapang huhu..

apapun produk dah sampai.. semalam dah distribute pada customer2 yang di kasihi :)

Untuk sebarang pertanyaan atau pembelian boleh terus pm mami di

fb : Manjalara Foods & Supplement

atau terus whatsapp mami 0129160281 <3


Friday, 17 January 2014

Ketagih ... gigih ... buat poster powerpoint hehe..

Berikut adalah beberapa poster yang saya buat 2 3 hari ni.. dalam hati nak buat vlog macam master2 buat.. tapi xpelah.. xde video cam.. saya buat powerpoint ajelah dulu.. InshaAllah bila dah ada rezeki lebih nanti grab satu video cam.. buat vlog .. InshaAllah lebih terkesan di hati yang menonton hehe..

Semoga Allah permudahkan perjalanan kami dalam menjaga kesihatan, murahkan rezeki kami dalam perniagaan Shaklee dan berkongsi segala kebaikan pada semua..


















Minimum sehari satu poster .. berkongsi kebaikan vitamin setiap hari .. buat orang gembira berkawan dengan saya .. bersedekah .. berselawat .. elakkan berhutang .. seronoknya dapat berbuat demikian..

Jom kawan2 :)

Imran Hasif day 50

Imran dah 50 hari !!! oshemnyerr !!!
Imran dah pandai senyum n tertawa :)
Imran dah pandai nangis kuat2 marah mami :)
Imran hanya bangun 1 atau 2 kali je stp malam utk minum susu :)
Imran anak yang baik .. dia manja .. dia suka abang n kakak layan dia ..

Ya Allah aku bersyukur sangat2 di kurniakan seorang lagi anak bernama Imran Hasif :)
semoga semua anak-anakku menjadi insan yang baik, bijaksana, soleh dan solehah :)

Sayang sangat .. asyik nak cium2 je baby baru ni ..

dun play play !! pay your attention !!

happy go lucky !!

macho man !!
Hari ini Jumaat 17/1/2014 - Kami pergi jalan2 cari makan di Pekan Lukut - Restoren Kayu Manis - jelajah Masak Lomak Cili Api .. tapi still x menepati citarasa suami..

at the end.. suami g beli udang harimau .. besar tu.. dia masak sendiri based on resepi yg kawan dia bagi..
baru kick cili api 15 biji.. terbaikk..

ntah kenapa masih tak jumpa masakan tradisi org negeri sembilan yang betul2 kaw huhu..

Selamat bercuti semua :)
Spent time with your family is the best time ever..

Feel free to ask me about vitamins n the best supplemen for yours.
Always be here to serve you better :)

Qis
0129160281
Manjalara Foods & Supplement


Monday, 13 January 2014

Nabila n melting cheese cake nya


Inilah kek keju meleleh AnisHomeDeli sedapnya x terkata .. hinggakan aku dan nabila menggilainya sangat2..

Korang kalau nak order boleh terus ke fb page An-Nis Home Deli atau facebook beliau Asni Selamat :)
Harga satu bekas tu RM15.

Hari ni nak cuba buat sendiri kek ni, tapi kami akan olah sedikit menjadi kek kesukaan kami since nabila x sukakan keju cheddar yang di parut tu..

Harap2 menjadilah keknya hehe, maklumlah dah lama tak membaking ni.. since mengandung n dah bersalin ni.. almost 1 year tinggalkan dunia baking..



Wednesday, 8 January 2014

Poster

buat poster sambil pangku imran ;)


tangan ku cram !!!

Monday, 6 January 2014

Mei Tai idamanku

Lama dah x post apa2.. Master kata 1 hari satu entry huhu.. akan cuba sedaya upaya.. demam sekolah bermula di tambah dengan dah dekat sebulan air kami kene catu.. ketensionan kat rumah ni.. macam2 rasa ade.. harap angin meroyan pergi jauh2.. nasib baik ade b-complex hehe, itu yg selalu hubby saya sebut bila rasa nak marah pada kakak n abang.. dedi dah makan b-complex ye !!! kakak n abang patut bersyukur dedi dah tak marah2 lagi.. heheh hahah..




yang ni kisah 5 Januari 2014 ~ attended kelas basic ngan suami yg sentiasa menjadi pendorong semangat.. tahniah pada semua yang terlibat :)
Banyak input masuk cuma x tahu nak start mana dulu haha.. rasanya kene start projek mei tai dulu sebab nak angkut baby htr barang shaklee nanti senang akakaka.. OK.. macam mana nak mula?


slide ni yg buat saya tertarik sangat.. selain member kit Shaklee.. kite kene sediakan 4 buah buku..
1. Nota Penting
2. Nota Produk dan Konsultasi
3. Nota Maklumat Customers
4. Nota Magic

  **** bersambung ****