Friday, 22 November 2013

I'm at 37 weeks pregnancy

Assalamualaikum..

Alhamdulillah sejak consume vitamin Shaklee, Qis takde masalah dalam tempoh trimester 3 ni.. Tenaga sentiasa ada..Cuma bosan menunggu n menghitung hari.. bila kita dok kat umah tanpa buat apa-apa yg berat.. tanpa fikir apa-apa masalah yang berat.. cengginilah.. rasa lambat.. padahal baru 37 minggu.. Mungkin juga Qis terpengaruh dengan kawan2 lain yg dah melahirkan awal.. ada yg 31 weeks dah melahirkan, ada yg 34 weeks dah melahirkan.. jadi kitapun rasa bilalah turn kita pulak ni hehe..Tapi takpelah, biarlah baby adik lahir pada waktu yang sepatutnya dalam keadaan yang sihat dan sempurna..

Berbalik kepada vitamin-vitamin Shaklee yang Qis consume sejak awal bulan October.. ternyata vitamin-vitamin ini banyak membantu memulihkan dan memelihara kesihatan kita.. Contohnya Vitalea, ia adalah sejenis multivitamin dan mineral. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Bila dah consume Vitalea, rasanya Vitalea dapatlah cover vitamin-vitamin yang berkurangan dalam badan kita, mana taknya setiap hari kita terlalu sibuk dengan urusan rumah dan anak-anak sehinggakan kita nak makan pun tak sempat dan apa yang kita makan tu pula tidak lengkap khasiatnya.

Begitu juga dengan amalan meminum ESP setiap hari. Badan kita memerlukan protein lengkap yg mengandungi 9 asid amino penting, membekalkan tenaga, membantu menjadikan kulit lebih berseri dan anjal juga dilengkapi dengan unsur kalsium. Ia juga rendah lemak dan tiada kolestrol. Selain dari itu ESP juga membantu kita rasa kenyang berpanjangan dengan pengambilan maksimum 3x sehari.

Vitamin C sustained release juga membantu Qis mengekalkan imun sihat selain dari mengelak dari terkena selsema dan demam, rasa tidak sihat badan, rasa lemah-lemah badan juga membantu kulit kita menjadi lebih cerah dan nampak ceria.

Untuk sebarang pertanyaan dan pengetahuan lanjut cara dan waktu yg sesuai untuk pengambilan vitamin tersebut di atas, jangan segan untuk menghubungi saya seperti yang tertera di bawah :-

Qis ID No. 1066369
Shaklee Independent Distributor 
Contact : 012-9160281
Email : manjalarafoods@gmail.com
FB Page : Manjalara Foods & Supplement

 

Tuesday, 12 November 2013

Set Kesihatan Sendi & Tulang

Osteoarthritis lebih mudah dikenali sebagai sakit sendi. Ia merupakan sejenis penyakit sendi yang mempunyai ciri keradangan. Sendi pula ialah bahagian badan di mana dua tulang berlainan bertemu.
Ia berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus. Ini akan menyebabkan sendi menjadi bengkak, sakit dan kebas dan menjadi punca kepada kemerosotan sendi tulang yang progresif (penyakit degeneratif sendi).
Keradangan berlaku kerana darah (tidak cukup khasiat) yang dibekalkan kurang meskipun seseorang itu sihat. Ini kerana, tubuh badan tidak boleh menghasilkan zat makanan yang mencukupi bagi menyelaras dan memastikan kadar pemulihan dan pembaharuan yang diperlukan.
Sendi yang selalunya berlaku keradangan adalah lutut. Hal ini demikian kerana, lutut adalah sendi yang menampung berat badan kita dan sentiasa digunakan sepanjang hidup kita.
Berikut adalah tanda-tanda penyakit Osteoarthritis:
  1. Sakit pada sendi yang terlibat.
  2. Kesukaran untuk membengkokkan atau meluruskan sendi akan berlaku.
  3. Sesetengahnya akan mengalami kebengkakan.
  4. Adanya pembesaran tulang sendi.
Mari kita lihat set kesihatan sendi dan tulang yang saya syorkan di sini :-


Kaedah 1 : Mengekalkan tulang rawan yang sihat
Advanced Joint Health Tablet memberikan manfaat kepad sendi dalam tiga(3) cara :
(i) menyokong keselesaan sendi
(ii) memelihara tisu penyambung yang sihat
(iii) meningkatkan kesan kusyen
Kaedah 2 : Mengurangkan inflamasi
Omega Guard Shaklee adalah omega 3 yang melambatkan degradasi tulang rawan. Ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi..jadi ia boleh membantu mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi. omega juga bertindak sebagai pelincir. ia membantu kita untuk bergerak dengan lebih bebas. Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja. 
Kaedah 3 : Mengekalkan sel tulang yang sihat

Ostematrix Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. Ramai orang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup magnesium. Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang temulang tatapi juga membantu mengurangkan gejala osteoarthritis.


Untuk sebarang pertanyaan dan pengetahuan lanjut cara dan waktu yg sesuai untuk pengambilan vitamin tersebut di atas, jangan segan untuk menghubungi saya seperti yang tertera di bawah :-

Qis ID No. 1066369
Shaklee Independent Distributor 
Contact : 012-9160281
Email : manjalarafoods@gmail.com
FB Page : Manjalara Foods & Supplement

Monday, 11 November 2013

Cara Mengatasi Masalah Keguguran Rambut


1. Keguguran rambut berpunca daripada gaya hidup kita hari ini yang sibuk bekerja, gaya pemakanan yang tidak sihat, serta tubuh badan yang stress.

2. Masalah keguguran rambut adalah normal selepas bersalin kerana perubahan hormon secara drastik.


3. Pengambilan nutrisi yang betul dapat mengurangkan masalah keguguran rambut. Pakar Nutrisi yang dijemput juga mencadangkan pengambilan multivitamin, protein dan juga zink.


Memang pening melihat rambut berguguran di lantai. Lagi satu dalam bilik air, rasa takut bila tengok rambut di mana-mana. Berdasarkan saranan pakar nutrisi tersebut, di cadangkan kepada sesiapa yan mengalami masalah keguguran rambut, boleh amalkan Shaklee Vita-Lea, ESP dan Zinc Complex. Vita-Lea mampu membantu melengkapkan kekurangan nutrisi harian, manakala ESP akan membantu penyerapan vitamin-vitamin di samping ESP sangat bagus dalam membina sel-sel baru dalam badan. Zinc Complex pula berperanan menguatkan syaf rambut. InsyaAllah, atas doa dan usaha, keguguran rambut akan berkurangan.

Berikut adalah nutrien dan vitamin yang amat diperlukan oleh tubuh manusia untuk menguatkan folikel rambut dan sekaligus mengatasi masalah keguguran rambut.

1. PROTEIN (terdapat dalam ESP)
Protein merupakan komponen penting rambut. 90% struktur rambut dikomposisikan oleh protein yang juga sebenarnya adalah ramuan yang biasa terdapat di dalam syampu, perapi syampu dan dalam rawatan rambut.Protein juga merupakan salah satu sebab yang menjadikan rambut kuat dan tahan daripada kerosakan.

2. IRON (ZAT BESI) (terdapat dalam multivitamin Vita-Lea)
Kekurangan zat besi dalam badan menyumbang kepada keguguran rambut. Orang yang mempunyai kekurangan zat besi dan rambut gugur perlu meningkatkan pengambilan zat besi dalam pemakanan harian mereka kerana zat besi boleh membuat perubahan yang ketara dalam pertumbuhan rambut.

3. ZINC COMPLEX
Kekurangan zinc menyebabkan shaf rambut anda menjadi lemah, menyebabkan kerosakan rambut dan pertumbuhan semula rambut yang sangat perlahan. Zink bermanfaat untuk rambut termasuk untuk pembiakan sel, pertumbuhan tisu dan pembaikan tisu yang rosak. Ia juga mengekalkan kelenjar merembeskan minyak yang melekat pada folikel rambut anda, sekali gus mengurangkan peluang rambut jatuh.


Pengambilan makanan yang mengandungi nutrien di atas dengan kadar yang mencukupi menjamin kesihatan rambut dan menguatkannya serta mengelakkan masalah keguguran rambut. Jika anda tidak tahu adakah nutrien tersebut di ambil oleh tubuh dengan kadar yang mencukupi melalui pemakanan setiap hari, maka cara terbaik ialah dengan mengambil suplemen. Ini sekaligus menjamin segala nutrien yang diperlukan oleh rambut dapat diserap bagi mengatasi masalah keguguran rambut.


Untuk sebarang pertanyaan dan pengetahuan lanjut cara dan waktu yg sesuai untuk pengambilan vitamin tersebut di atas, jangan segan untuk menghubungi saya seperti yang tertera di bawah :-

Qis
Shaklee Independent Distributor ID No. 1066369
Contact : 012-9160281
Email : manjalarafoods@gmail.com
FB Page : Manjalara Foods & Supplement

Sunday, 10 November 2013

100 Panduan Siap Sedia Bersalin

Bersiap Hadapi Tiga Trimester Kehamilan

Persediaan untuk bergelar ibu seharusnya bermula sejak awal dan sebaiknya bermula sebelum hamil lagi. Bakal ibu perlu mengambil tahu maklumat tentang kehamilan.


Menurut Pakar Obstetrik& Ginekologi Pusat Perubatan Barakah, Dr Khairiah, wanita yang merancang untuk hamil perlu memastikan kesihatan mereka berada pada tahap optimum dan mengamalkan cara hidup sihat.

Jika ada sebarang penyakit yang dihidapi seperti darah tinggi, buah pinggang dan sebagainya, mereka perlu berbincang dengan doktor dan pastikan kesihatan pada tahap optimum kerana berisiko mendapat keguguran atau kecacatan bayi.

Beliau membahagikan perubahan yang patut dijangka oleh bakal ibu kepada tiga trimester. Setiap trimester mengambil tempoh tiga bulan. Jumlah masa tiga trimester adalah 9 bulan.

1. Perubahan paling biasa berlaku adalah rasa loya, muntah, selera makan berubah, keletihan berlebihan, sakit di payu dara dan kekerapan membuang air kecil.
2. Untuk mengurangkan rasa loya makan dengan kerap dalam kuantiti yang sedikit dan elakkan makanan berminyak atau berempah.
3. Jika ibu mengalami alahan teruk sehingga tidak boleh makan langsung, jangan paksa untuk makan sebaliknya cari apa yang boleh diterima oleh tekak dan pastikan berjumpa doktor untuk rawatan.
4. Banyakkan berehat untuk mengurangkan rasa keletihan yang dialami.
5. Jangan lupa makan asid folik, sebaiknya mula makan sekiranya merancang untuk mengandung.
6. Persiapkan mental untuk menghadapi perubahan yang berlaku.
7. Jangan terlalu risaukan keadaan janin dalam rahim jika ibu terlalu teruk mengalami alahan. Janin tetap sihat dan membesar kerana dia mengambil khasiat yang diperlukan daripada badan ibu.
8. Cari coli yang lebih selesa dipakai kerana ketika ini payu dara mengalami perubahan saiz dan akan menjadi lebih sensitif.
9. Jika anda masih lagi menyusukan anak terdahulu dan keadaan kesihatan baik serta tidak mengalami loya dan alahan teruk maka ibu boleh terus menyusukan bayi tetapi jika keadaan ibu teruk, dinasihatkan berhenti menyusukan bayi. Berbincanglah dengan doktor anda tentang hal ini.
10. Anda digalakkan membuat pemeriksaan antnenatal pertama pada trimester ini untuk memastikan keadaan kandungan normal dan mengetahui tarikh jangkaan bersalin yang betul terutama jika anda lupa tarikh haid atau haid anda tidak menentu.

Trimester 2
11. Hadapi trimester kedua dengan gembira kerana waktu ini keadaan ibu sudah semakin stabil dan bebas daripada alahan serta saiz badan masih belum membesar dengan ketara lagi.
12. Rasa sakit pada payu dara juga semakin berkurangan kerana hormon sudah stabil.
13. Ibu digalakkan melakukan senaman sebab ia boleh membantu mengekalkan kesihatan sepanjang hamil dan memberikan stamina semasa bersalin. Contoh senaman terbaik adalah berenang, berjalan dan yoga (mengekalkan fleksibiliti otot).
14. Ibu berkemungkinan besar akan selalu rasa sakit pinggang/belakang badan sebab ada kaitan dengan postur badan. Oleh itu pastikan ibu duduk dengan tulang belakang sentiasa tegak agar dapat mengurangkan sakit belakang. Ibu perlu tahu tentang postur-postur yang betul untuk mengelakkan sakit belakang.
15. Ibu juga akan mudah mengalami sembelit. Pastikan banyak minum air, makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
16. Pilih baju yang longgar dan selesa dipakai sepanjang hari. Ketika ini rahim ibu mula keluar sebab perut semakin besar jadi tidak selesa apabila memakai pakaian yang ketat.
17. Emosi ibu semakin stabil. Bagi ibu yang beragama Islam, banyakkan solat, berzikir dan membaca Al-Quran.
18. Ibu digalakkan makan buah kurma, kekacang seperti badam dan susu untuk pembentukan otak bayi yang sihat.
19. Jika anda ibu yang ada penyakit seperti darah tinggi, buah pinggang, pastikan tahap kesihatan di tahap optimum ketika hamil sebab ada risiko kelahiran pramatang atau pembesaran bayi terganggu.
20. Komplikasi ketika kehamilan seperti penyakit diabetis, darah tinggi boleh berlaku selepas tempoh 20 minggu kehamilan.
21. Penyakit anemia iaitu kekurangan zat besi boleh berlaku pada mana-mana trimester. Jika paras hemoglobin rendah, ibu dinasihatkan makan suplemen zat besi dan jika teruk, ibu akan perlu tranfusi darah.
22. Kekurangan kalsium boleh menyebabkan masalah seperti kekejangan otot, gigi reput, berlubang dan osteoporosis kerana bayi mengambil semua kalsium yang diperlukan dari badan ibu. Jika ibu tidak boleh minum susu, ambil suplemen kalsium kerana keperluan kalsium ibu hamil adalah sebanyak 1200mg setiap hari.

Trimester 3
23. Saiz badan ibu semakin membesar.
24. Ibu akan berasa lebih panas, tidur tidak selesa, kerap buang air kecil, kejang otot, sakit pinggul kerana otot mula meregang untuk proses bersalin.
25. Persiapkan diri dengan infomasi berkenaan proses pelahiran anak seperti latihan teknik pernafasan dan pilihan cara untuk mengurangkan kesakitan ketika bersalin.
26. Kekalkan stamina untuk proses kelahiran dan pastikan ibu mendapat rehat secukupnya.
27. Ada bakal ibu mengalami penurunan selera makan dan ada yang sebaliknya. Jika tidak berselera lakukan seperti ketika trimester pertama iaitu makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Tetapi jika terlalu berselera, ambil makanan yang tinggi serat kerana ia mengurangkan risiko terkena diabetis di akhir kehamilan.
28. Sesetengah bakal ibu akan mengalami kekejangan kaki, bengkak kaki dan kebas tangan disebabkan water retention. Kebas tangan adalah disebabkan oleh carpaltunnel syndrome iaitu berlaku tekanan kepada saraf yang pergi ke tangan disebabkan oleh water retention. Kebas ini boleh dikurangkan dengan kerap melakukan senaman tangan.
29. Vericose vein juga banyak berlaku kepada ibu hamil. Ubat daripada doktor boleh diberi sekiranya keadaan ibu terlalu teruk. Ibu digalakkan memakai stoking elastik dan meletakkan kaki ke atas paras lebih tinggi dari badan semasa baring atau duduk.

Bersalin Di Mana?
30. Swasta atau kerajaan. Sebaik sahaja anda disahkan hamil, perkara yang mesti difikirkan ialah bersalin di mana. Apa juga keputusan yang dipilih mestilah berdasarkan bajet anda.
31. Jika anda mempunyai tahap kesihatan yang baik semasa hamil, hospital kerajaan atau swasta tidak menjadi isu utama. Sekiranya anda memang ada peruntukkan kewangan tanpa had untuk melahirkan anak, tidak salah memilih hospital lima bintang untuk keselesaan maksimum.
32. Jenis pusat perubatan – Andai anda mementingkan ciri-ciri Islamik, anda boleh membuat tinjauan hospital yang bercirikan demikian supaya aurat sentiasa terpelihara sebagai wanita Muslimah.
33. Tanyalah sama ada hospital berkenaan menawarkan doktor dan jururawat yang terdiri daripada wanita. Namun tidak semua hospital berciri sedemikian berdekatan dengan kawasan kediaman anda.
34. Dari segi lokasi hospital, pilihlah hospital berhampiran dengan kediaman untuk mengelak daripada kesesakan jalan raya supaya dapat sampai segera ke hospital di saat pelahiran sudah tiba. Anda pasti tidak mahu bersalin dalam kereta.
35. Jika berlaku kesesakan ketika itu, mintalah bantuan polis atau orang ramai bagi membantu melancarkan perjalanan anda ke hospital.
36. Pakej bersalin- Dapatkan maklumat terperinci daripada brosur pakej bersalin di hospital supaya anda tahu tentang kos tersembunyi dalam pakej bersalin.
37. Dapatkan maklumat berkenaan kos jika bersalin pada waktu malam dan waktu siang atau cuti umum. Begitu juga jika berlaku komplikasi semasa bersalin, ia akan dikenakan bayaran tambahan.
38. Biasanya pakej bersalin di kebanyakan hospital menawarkan untuk kelahiran normal tanpa komplikasi dan begitu juga pembedahan caesarean. Semua ini perlu ditanya untuk mengelak bajet anda ‘ lari’ .
39. dipilih mempunyai kelengkapan yang mencukupi untuk bayi yang mungkin berisiko dan ibu yang mempunyai masalah kesihatan. Jangan memilih pusat perubatan yang kecil dan tiada kemudahan untuk kecemasan.
40. Ada hospital swasta menyediakan ‘lawatan’ selepas ibu pulang daripada bersalin untuk melihat perkembangan bayi dan ibu.
41. Hospital mestilah mudah mendapat rawatan doktor dan bilik pembedahan serta merta.
42. Hospital mesti mempunyai beg darah mencukupi bagi sebarang kecemasan.
43. Ada hospital membenarkan suami menemani isteri bersalin.
44. Ada hospital mempunyai wad bersalin yang dilengkapi oleh teknologi CCTV bagi mengelak berlaku kes kehilangan bayi.

Persiapan Spiritual
45. Perlakuan, perbuatan dan amalan yang dilakukan oleh bakal ibu dan ayah mempengaruhi pembentukan anak yang dikandung.
46. Bagi yang beragama Islam, lakukan persediaan rapi untuk menjadi ibu bapa yang hebat kepada anak yang berperibadi mulia kelak.
47. Sentiasa memelihara akhlak sepanjang hamil misalnya banyakkan bersabar, bersikap baik dengan jiran, menghormati ahli keluarga dan teman-teman. Tingkah laku yang baik mempengaruhi sikap anak yang bakal lahir.
48. Banyak mengingati Allah dengan memohon ampun dan taubat supaya Allah akan mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan selama ini dan seterusnya membersihkan hati dari perasaan yang tidak baik.
49. Cuba perbanyakkan amal ibadat seperti sembahyang sunat, puasa sunat terutama Isnin dan Khamis serta melakukan kebajikan.
50. Amalkan doa bagi memohon kepada Allah agar mengurniakan zuriat yang sihat, sempurna dan soleh perlu sering bermain di bibir bakal ibu dan ayah.
51. Elakkan melakukan posisi atau aksi yang boleh memudaratkan pasangan semasa berasmara.
52. Faham perubahan fisiologi tubuh badan isteri kerana suami seharusnya melayan dan menggembirakan hati isteri yang sedang hamil.
53. Gembira dan sentiasa tenang menghadapi perubahan diri yang kadang kala tidak selesa. Emosi yang tenang dan bahagia merupakan rangsangan kepada pembinaan otak seterusnya kelahiran bayi yang sihat, terangsang, pintar dan cerdas.
54. Hadirkan diri dalam majlis ilmu dan keagamaan bagi meningkatkan dan menguatkan pengetahuan keagamaan sebagai bakal papa mama agar menjadi contoh tauladan kepada zuriat yang akan dilahirkan.
55. Istighfar iaitu memohon keampunan kepada Ilahi satu amalan mulia yang mesti dilakukan oleh suami isteri terutama setiap kali selepas solat fardu.
56. Jaga pemakanan yang masuk ke tubuh bakal ibu dan juga bapa. Makan makanan yang halal dan berkhasiat kerana ia akan menjadi darah daging zuriat kalian.
57. Banyakkan berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.
58. Layanan suami yang prihatin terhadap isteri yang sedang hamil dapat menggembirakan hati isteri seterusnya mempengaruh perkembangan sihat janin yang dikandung.
59. Memastikan isteri dalam keadaan sihat secara fizikal dan mental menjadi tanggungjawab suami kerana ia penting untuk melahirkan zuriat yang sihat fizikal dan mentalnya.
60. Niatkan dalam hati agar dihindarkan daripada segala kejahatan dan Allah mengurniakan zuriat yang sihat dan sempurna kepada anda.
61. Orang-orang yang sabar adalah orang yang sentiasa reda dengan segala dugaan yang datang kepadanya terutama ketika sedang hamil.
62. Perasaan gembira dan bahagia atas kurniaan bakal zuriat mesti ditunjukan dengan banyak melakukan sujud syukur pada Ilahi.
63. Banyakkan membaca Al-Quran, berzikir dan berdoa memohon keselamatan keselamatan sepanjang mengandung dan mudah bersalin.
64. Tutur kata suami dan isteri perlu dijaga. Sentiasa mengeluarkan kata-kata yang positif dan baik sebagai salah satu cara merangsang perkembangan emosi anak yang dikandung.
65. Jauhi diri daripada majlis-majlis yang berunsur maksiat dan mungkar semasa isteri hamil amat baik dilakukan. Oleh itu, suami isteri hendaklah menjauhi tempat-tempat maksiat seperti pesta-pesta hiburan, kelab malam, konsert-konsert yang bertentangan dengan Islam dan sebagainya.
66. Yakinlah dengan nikmat yang Allah berikan kepada wanita yang hamil dan melahirkan anak.

Doa-doa yang elok diamalkan semasa mengandung ialah :

67. Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9)

A008
(Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.

A009
"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya". Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.

68. Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38 )

A038
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan".


69. Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
70. Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)
71. Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)
72. Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
73. Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
74. Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
75. Surat Toha (Semoga bayi lembut hati)
76. Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)
77. Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati)
78. Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)

A-Z kelengkapan untuk ibu dan bayi
79. Adakah kad pengenalan diri anda disimpan di dalam beg yang senang dicapai? MyKad anda penting kerana akan digunakan sewaktu mendaftar masuk ke wad bersalin.
80. Biasanya pada minggu-minggu terakhir kad pemeriksaan kesihatan ibu mesti dibawa bersama. Anda boleh bersalin bila-bila masa! Sama seperti MyKad, simpan ia di tempat yang senang dicapai.
81. Cuba bawa bantal kecil yang mungkin dapat dijadikan bantal tambahan ketika bertarung dengan kesakitan kontraksi. Anda boleh meletakkan bantal berkenaan di bahagian belakang badan.
82. Dalam tempoh anda mengalami kontraksi, bawalah tuala untuk mengelap muka yang mungkin kebasahan akibat peluh selain boleh digunakan untuk menyegarkan diri agar terus bertenaga menghadapi proses pelahiran.
83. Elakkan berasa tertekan sepanjang tempoh awal pelahiran. Anda boleh mendengar ayat-ayat suci Al-Quran menerusi peralatan yang tidak menggunakan wayar elektrik. Contohnya, iPod dan MP4.
84. Fasa tempoh awal pelahiran pastinya membuatkan rasa mual dan ingin muntah biar pun anda kini dalam proses pelahiran. Bagi mengatasinya, anda boleh menghisap gula-gula berangin untuk kekal selesa.
85. Gaya pakaian bersesuaian untuk dipakai ketika hari anda dan bayi dibenarkan pulang ke rumah perlu dibawa. Sebaik-baiknya, pakaian yang anda biasa pakai ketika usia kandungan enam bulan dahulu.
86. Sediakan coli menyusu dua atau tiga helai di dalam beg yang bakal di bawa ke hospital. Ini penting kerana coli ini mampu memberi sokongan kepada payu dara yang mungkin bengkak selepas bersalin.
87. Selain itu, sediakan juga pad payu dara kerana ia penting bagi mengatasi masalah susu meleleh dan mengelakkan kesan lelehan di baju yang anda pakai.
88. Jangan lupa menggunakan bantal khas ketika menyusukan bayi. Ia dapat mengurangkan risiko sakit bahu dan belakang sepanjang proses menyusukan bayi. Malah ia bermanfaat untuk anda yang mungkin melahirkan bayi secara caesarean.
89. Kekalkan keselesaan kaki semasa bersentuhan dengan permukaan lantai yang sejuk. Jadi pakailah stoking yang dapat membantu mengatasi masalah kaki mengalami kesejukan.
90. Utamakan keselesaan dengan membeli tuala wanita khusus untuk wanita bersalin, jenis overnight atau yang boleh memberi perlindungan maksimum memandangkan pada hari-hari awal selepas kelahiran, darah yang keluar adalah banyak.
91. Bagi memudahkan anda mengendalikan diri, pastikan menggunakan seluar dalam pakai buang. Ia amat praktikal terutamanya kepada anda yang mungkin bersalin secara caesarean.
92. Query-Berapa banyak pasang baju berlengan panjang untuk bayi pakai ketika hendak pulang ke rumah nanti? Pemilihan baju berlengan panjang penting kerana ia dapat memastikan bayi yang baru lahir itu kekal panas.
93. Rupa bayi pastinya comel bila bertopi. Hakikatnya majoriti haba panas tubuh bayi hilang melalui kepalanya. Oleh itu untuk memastikan suhu badan bayi kekal selesa, anda perlu memakaikannya topi.
94. Stoking atau sarung kaki amat penting. Jangan lupa untuk membawanya untuk dipakai bayi. Ia dapat memerangkap haba pada bahagian tersebut.
95. Tentu sekali kuku bayi baru lahir agak panjang dan boleh meninggalkan kesan calar apabila kukunya bersentuhan dengan muka atau bahagian tubuh lain. Oleh itu pakaikan sarung tangan untuk melindungi bahagian tertentu daripada tercalar.
96. Untuk memastikan tubuh bayi sentiasa panas, sediakan kain selimut daripada fabrik lembut supaya bayi dapat tidur dengan lena.
97. Zuriat anda pastinya mengujakan anda, jika mempunyai bajet lebih tidak salah anda menyediakan kamera atau kamera video untuk merakam detik-detik manis pelahiran si manja anda.
98. Rupa bayi pastinya comel bila bertopi. Hakikatnya majoriti haba panas tubuh bayi hilang melalui kepalanya.
99. Stoking atau sarung kaki amat penting. Jangan lupa untuk membawanya untuk dipakai bayi. Ia dapat memerangkap haba pada bahagian tersebut.
100. Tentu sekali kuku bayi baru lahir agak panjang dan boleh meninggalkan kesan calar apabila kukunya bersentuhan dengan muka atau bahagian tubuh lain. Oleh itu pakaikan sarung tangan untuk melindungi bahagian tertentu daripada tercalar.

[kredit to Pa&Ma]

Saturday, 9 November 2013

Promosi Set Budget until December 2013

Set Budget Jom Kurus A
Set Budget Ingin Hamil

Set Budget Jom Kurus B

Set Budget Penyusuan

Friday, 1 November 2013

Vivix [Promosi November 2013 - beli 6 percuma 1]



Kenapa mesti beli Vivix ? Mahal?
Stroke di Malaysia? Apa itu Stroke?






VIVIX mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Muscadine Grape, Elderberry (Sambucus Nigra) dan Purple Carrot yang kaya dengan polifenol. Polygonum Cuspidatum yang terkandung dalam Vivix itu mampu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolestrol, mengawal tekanan darah serta mengurangkan berat badan. Jangan khuatir kerana bahan-bahan utama Vivix telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif untuk Shaklee.

Vivix mengandungi campuran 4 jenis berries.

1- Muscadine Grape : anggur hebat ini adalah satu-satunya anggur di alam semulajadi yang mempunyai lebih dari satu kromosom, yang mana saintis percaya ianya dapat mengukuhkan profil polyphenolnya dan berpotensi untuk memanfaatkan kesihatan. Anggur ini adalah berbeza dengan anggur biasa.

2- Purple Carrot : adalah sumber terbaik Vitamin A dan mengandungi phtokimia termasuk caretenoids, phenolics, polyacetylenes, isocoumarins dan sesquiterpenes. Ianya juga mengandungi anthocyanins yang merupakan sumber antioksidan yang tinggi.

3- Elderberry (Sambucus Nigra) : satu daripada manfaat Elderberry ini adalah keberkesanannya dalam mengubati simpton flu, terutaman sekali influanza B. Ia juga mengandungi flavanoids yang mempunyai ciri antioksidan yang kuat, maka dengan itu ianya mampu mengukuhkan sistem imunasi badan kita.

4- Polygonum Cuspidatum : juga dikenali sebaga Knotweed Jepun adalah tumbuhan perenial yang besar berasal dari Asia, yang banyak ditemui di Amerika Utara dan Eropah. Ianya adalah sumber komersial resveratrol yang juga terdapat dalam ekstrak anggur merah dan juga biji anggur merah.

Antara kelebihan Vivix :-

1. menggalakkan penuaan yg sihat - awet muda dan anti penuaan
2. membantu mengelakkan kanser - merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
3. mengurangkan risiko penyakit jantung - melindungi jantung
4. mengurangkan komplikasi diabetis/kencing manis
5. meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi
6. mengurangkan risiko penyakit nyanyuk
7. membantu dalam proses menurunkan berat badan
8. menyokong kesihatan mata
9. meningkatkan kesihatan imun badan
10. menggalakkan kesihatan keseluruhan

VIVIX  MAHAL GILER..

Harga Vivix sangat2 mahal pada golongan org yg x bergaji macam saya ni, mengharap belas kasih gaji suami ohoi... tapi saya ade satu prinsip yakin dan percaya bahawa produk ini mahal pasti ia adalah produk terbaik yg dihasilkan oleh Shaklee :) jika ia menjadi produk rebutan di luar negara kenapa tidak di Malaysia.. sudah pasti banyak testimoni dan feedback yang terbaik setelah minum produk ini. Mahal tapi berbaloi, apa salahnya kan !!

STROK DI MALAYSIA

Emosi. Imbangan. Koordinasi. Penglihatan. Pendengaran. Deria rasa. Pergerakan Terkawal.

Strok adalah punca kematian ketiga terbesr di Malaysia. Hanya penyakit jantung dan kanser mengatasinya. Ia dianggap sebab utama kehilangan upaya yang teruk, dan setiap tahun, dianggarkan 40,000 rakyat Malaysia mengalami strok. Sesiapa sahaja boleh mengalami strok, termasuk kanak-kanak. Namun, kebanyakan kes menimpa orang dewasa.




STROK adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan.

Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. Apabila saluran darah di dalam otak anda pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien.

Bahagian otak itu mula mati. Anda mengalami strok. Dengan pantas, Dengan senyap. Kerosakan otak menjejaskan deria-deria anda, pertuturan dan pemahaman bahasa. Sebelah tubuh mungkin lumpuh, sikap, corak pemikiran dan ingatan terubah.

Apa yg saya boleh kongsikan, antara langkah hindarkan diri dari strok adalah hentikan merokok, periksa tekanan darah anda, semak kesihatan jantung anda, semak gaya hidup dan pemakanan harian, hindari makan daging merah terlalu banyak, banyakkan makanan berserat, kurangkan garam dalam makanan harian (kurangkan fastfood), aktif bersenam dan yang paling penting atasi dan kawal stress harian anda. Sebut tentang stress, ada banyak cara untuk kawal stress. Antaranya senyum sentiasa, count your blessings, bersyukur dan kalau nak amalkan supplement, amalkan 1biji B Complex sehari dan 1 sudu teh Vivix sehari. 

ANDA HANYA MEMERLUKAN 1 SUDU TEH SETIAP HARI. MUDAH SAHAJA :)

Untuk sebarang pertanyaan dan pengetahuan lanjut cara dan waktu yg sesuai untuk pengambilan vitamin tersebut di atas, jangan segan untuk menghubungi saya seperti yang tertera di bawah :-

Qis
Shaklee Independent Distributor ID No. 1066369
Contact : 012-9160281
Email : manjalarafoods@gmail.com
FB Page : Manjalara Foods & Supplement

Blues Mood in 34 weeks of pregnancy

- copy n paste from baby center -


How your baby's growing:

Your baby now weighs about 4 3/4 pounds (about the size of a cantaloupe) and is almost 18 inches long. Her fat layers — which will help regulate her body temperature once she's born — are filling her out, making her rounder. Her skin is also smoother than ever. Her central nervous system is maturing and her lungs are continuing to mature as well. If you've been nervous about preterm labor, you'll be happy to know that babies born between 34 and 37 weeks who have no other health problems generally do fine. They may need a short stay in the neonatal nursery and may have a few short-term health issues, but in the long run, they usually do as well as full-term babies.
See what your baby looks like this week.
Note: Every baby develops a little differently — even in the womb. Our information is designed to give you a general idea of your baby's development.

How your life's changing:



VIDEOBy this week, fatigue has probably set in again, though maybe not with the same coma-like intensity of your first trimester. Your tiredness is perfectly understandable, given the physical strain you're under and the restless nights of frequent pee breaks and tossing and turning, while trying to get comfortable.


Now's the time to slow down and save up your energy for labor day (and beyond). If you've been sitting or lying down for a long time, don't jump up too quickly. Blood can pool in your feet and legs, causing a temporary drop in your blood pressure when you get up that can make you feel dizzy.

If you notice itchy red bumps or welts on your belly and possibly your thighs and buttocks as well, you may have a condition called pruritic urticarial papules and plaques of pregnancy (PUPPP for short).

Newborn care immediately after birth


The tests, care, and medications newborns receive in the first minutes of life.

Up to one percent of pregnant women develop PUPPP, which is harmless but can be quite uncomfortable. See your practitioner so she can make sure it's not a more serious problem, provide treatment to make you more comfortable, and refer you to a dermatologist if necessary. Also be sure to call her if you feel intense itchiness all over your body, even if you don't have a rash. It could signal a liver problem.
Slide your way to slumber "In the third trimester, turning over in bed is a nightmare. The solution? Big satin pajamas and even satin sheets — the slipperiness of satin helps tremendously!" — Carrie

3 Questions About...C-sections

Q1.


What are my chances of having a c-section?
About 30 percent of pregnant women in the United States give birth by cesarean section these days. In certain cases the surgery is scheduled in advance. In others, it's done in response to an unforeseen complication.

Q2.

Why might I need a c-section?
You may have an unplanned cesarean delivery for many reasons, such as if your cervix stops dilating, your baby stops progressing down the birth canal, or your baby's heart-rate gives your practitioner cause for concern. A planned cesarean may be recommended if:
  • You've had a previous cesarean with a "classical" vertical uterine incision or more than one previous c-section. (If you've had only one previous c-section with a horizontal incision, you may be a good candidate for a vaginal birth after cesarean, or VBAC.)
  • You've had some other kind of invasive uterine surgery, such as a myomectomy (the surgical removal of fibroids).
  • You're carrying more than one baby. (Some twins can be delivered vaginally, but all higher-order multiples require a c-section.)
  • Your baby is expected to be very large (a condition known as macrosomia).
  • Your baby is in a breech (bottom first) or transverse (sideways) position. (In some cases, such as a twin pregnancy in which the first baby is head down but the second baby is breech, the breech baby may be delivered vaginally.)
  • You have placenta previa (when the placenta is so low in the uterus that it covers the cervix).
  • The baby has a known illness or abnormality that would make a vaginal birth risky.
  • You're HIV-positive, and blood tests done near the end of pregnancy show that you have a high viral load.

Q3.

What should I expect during a c-section?
Typically, your partner can be with you during the surgery. If you don't already have one, your medical team will start an IV and insert a catheter to drain urine during the procedure, and you'll be given an epidural or spinal block, which will numb the lower half of your body but leave you alert and awake. A screen will be put up so you don't have to watch the actual procedure. Once the doctor reaches the uterus and makes the final incision, she'll ease the baby out, lifting him so you get a glimpse of him before he's handed off to be cared for by a pediatrician or nurse. While the staff is examining your baby, the doctor will deliver your placenta and stitch you back up. When your baby has been examined, the pediatrician or nurse may hand him to your partner, who can hold him right next to you so you can nuzzle and kiss him while you're being stitched up. Closing your uterus and belly takes a lot longer, than opening you up. This part of the surgery usually takes about 30 minutes. When the surgery is completed, you'll be wheeled into a recovery room, where you'll be able to hold your baby and breastfeed if you want to.

This Week's Activity:

Make a labor contingency plan. You may go into labor early or have a complication that requires you to be in the hospital longer than you anticipated. Give at least one friend or neighbor the keys to your house in case you need something and can't get home. Line up people to do the following on a moment's notice:
  • Take care of children
  • Drive older children to and from school and to any afterschool activities
  • Feed the dog, water the plants, get the mail
  • Fill in for you at work or any other obligations