Tuesday, 24 December 2013

Safe delivery


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ke  26 - Imran Hasif Bin Mohd Nizan menjadi anak ke 3 kami ..
Hari ke 26 - saya berpantang ..

Sejak sekian lama ... berehat ... dan masih lagi berpantang dengan produk Shaklee :)
Saudara dan Saudari sekalian yg membaca blog saya..

Minggu pertama 30-5/12/2013 berpantang agak tertekan sedikit, minggu tu sakitnya masih baru dan terasa.. dalam minggu tu 4 hari pertama x keluar susu (macamana nak bf kan, hu tensionnye), Imran kene jaundis 2 malam kene dok kat wad.. (Alhamdulillah 2 malam je).. hari ke 5 saya dah tak tahan saya telan alfalfa complex 2 biji dengan harapan susu keluar dengan cepat.. hati dah gundah kesian kat imran nak menyusu x puas, dlm masa yang sama risau juga bacaan jaundis semakin tinggi dengan memakan alfalfa complex tu.. tapi saya yakinkan diri dengan izin Allah air susu saya jadi banyak.. Alhamdulillah.. dan bacaan Jaundis dia semakin turun.. minggu pertama juga agak tertekan kerana keluarga saya sibuk dengan persiapan majlis perkahwinan 2 org adik saya yg terakhir.. mak pula sibuk memikirkan org lain, nasib org berpantang tidak terbela huhu.. sedihnye cerita hahaha..mujur ada suami dan mak mertua yg tolong masakkan utk saya..

Minggu Kedua 6-12/12/2013berpantang tekanan semakin kurang, selepas menghadiri majlis perkahwinan adik2 saya tu, malamnya terus kami pulang ke Seremban.. tak sabar nak balik berpantang di rumah sendiri rasanya lebih tenang.. Setiap pagi sebelum pergi kerja suami akan sediakan sarapan dan hidangan makan tengahari.. Alhamdulillah dapat suami yang pandai memasak, syukur sangat2 :) tq abg.. anak2 saya umur 8 tahun dan 6 tahun dah besar dan boleh di harap.. mereka seronok sangat dapat adik baru.. ape sahaja yang saya suruh semua diorang dapat buat.. sejuk hati ni :) luka jahitan masih terasa dalam minggu ni.. tapi saya tetap yakin dan teruskan makan set premium Shaklee pada minggu kedua ni.. masa minggu pertama tu x makan full set sebab masa tu Vitalea, Ostematrix saya habis.

Set Premium yang saya maksudkan
adalah Set Penyusuan + Zinc utk memulihkan luka dalaman seperti di bawah :-

1. Alfalfa Complex
2. B Complex
3. SR Vita-C Plus
4. Vitalea
5. Ostematrix
6. ESP



saya add zinc complex utk memulihkan luka dalaman saya :)
Minggu Ketiga 13-19/12/2013 saya rasa seperti dah sihat sangat, hati gembira je.. walaupun saya tahu luka luaran telah pulih, tapi luka dalaman pastinya mengambil sedikit masa lagi.. saya masih meneruskan pemakanan kesemua vitamin di atas untuk memastikan saya mendapat kesemua zat vitamin yang cukup sebab dalam pemakanan seharian dah tentunya saya kene berpantang macam2 lauk pauk yang sedap2 tu huhu.. so dengan consume vitamin2 tersebut di atas dapatlah saya memenuhi keperluan saya dan baby.. selain dari itu saya juga minum susu anmum + esp.. hingga saya rasa happy setiap masa.. mungkin dengan berfikiran positif juga saya dapat aura yang best setiap kali saya merenung wajah Imran.. setiap kali ahli keluarga saya (suami dan anak2 berada dekat dengan saya).. alangkah indahnya nikmat ini..

Minggu Keempat 20-27/12/2013 bila badan kita dah serasi dengan vitamin, so xde masalah lagi utk badan menerima vitamin setiap hari, tiada healing crisis. So, badan kita akan mudah menyerap segala vitamin utk keperluan seharian. Begitu juga dengan baby yang menyusu, baby akan mendapat susu yg lengkap dan berkhasiat dari kita. Itu yang paling best !! Kita dapat supply susu badan yang terbaik kepada anak, heaven nyer ;)
Baby pun nampaknye membesar dengan sihat mami pun semakin bertambah sihat, tiada lagi rasa sengal2 di bahagian luka jahitan, baik di luar mahupun di bhg dalam. Make sure zinc dan multivitamin jangan tinggal..

Sekian dulu buat masa ini, inshaAllah kite berjumpa lagi di next entry. Consume vitamin sekarang !! Masih belum terlambat buat anda.. hubungi saya hari ini juga ;)



B Complex

B complex yang bagus spatutnya lengkap terdiri dari kumpulan lapan (8) vitamin B iaitu thiamin (B-1), riboflavin (B-2), niacin (B-3), pantothenic acid (B-5), pyridoxine (B-6), cobalamin (B-12) folic acid dan Biotin.

BAGAIMANA B COMPLEX SHAKLEE MENGURANGKAN STRESS

B Complex Shaklee mengandungi 8 Vitamin B iaitu Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3, Vitamin B5, Vitamin B6, Vitamin B12, asid folik dan 100% Biotin.

Vitamin B1~ mengurangkan kelesuan, keresahan, mempertingkatkan kecerdasan mental, melancarkan peredaran darah, meningkatkan stamina badan, menyihatkan sistem pencernaan dan memperbaiki metabolisma

Vitamin B2~ mengurangkan keletihan mata, katarak, jangkitan lidah, membantu mengaktifkan vitamin B6 dan asid folik.

Vitamin B3~ mengurangkan pengaliran kolestrol di dalam darah, memperbaiki kesihatan kulit, rambut, sistem pencernaan dan mengelakkan depresi. 

Vitamin B5~ mengurangkan stress fizikal dan mental, membantu mengurangkan penuaan pramatang

Vitamin B6~ penting dalam proses asid amino, mengawal serotonin di dalam otak (ketidakseimbangan menyebabkan depresi), mengurangkan senggugut, menenangkan emosi, mengurangkan kekejangan otot dan sebagainya

Vitamin B12~ meningkatkan selera makan, memperbaiki tindak balas saraf, mengelakkan anemia, keletihan, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus dan keupayaan seksual

Biotin~ membantu B Complex menjadi lebih efektif, mengurangkan rabun, rambut beruban, eczema dan keradangan kulit

Asid Folik~ kesihatan fetus, kurang risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, stres, ulser mulut dan sebagainya

KEISTIMEWAAN VITAMIN B COMPLEX SHAKLEE

B Complex Shaklee mengandungi 8 Vitamin B iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12, Asid Folik yang semulajadi dan 100% Biotin.

Selain lengkap dengan lapan kumpulan vitamin B, vitamin B Complex Shaklee dilengkapi dengan Sistem penyerapan Boaktif Berpaten iaitu dikenali sebagai asid Folik, sejenis vitamin B yang tidak dapat diserap dengan mudah. Istimewanya B Complex shaklee, ia telah dihasilkan dengan suatu selaput asid folik yang unik untuk menjadikan zat tersebut lebih mudah diperolehi dan digunakan dalam badan.

Asid folik yang digunakan adalah semulajadi dan dicipta oleh saintis Shaklee yang pertama seumpamanya di dunia. Ianya dihasilkan dengan kadar kebolehserapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti.

Asid folik semulajadi biasa tidak mudah diserap oleh tubuh kita dan 99% asid folik di pasaran terkini bersifat sintetik, dan bukannya semulajadi seperti yang ada di dalam Vitamin B Complex Shaklee. 

Vitamin B adalah vitamin larut-air, oleh sebab itu, sebarang lebihan akan terus disingkirkan melalui sistem pencernaan (sebab itu air kencing kita akan berwarna kekuningan sekiranya mengambil vitamin B). Jika tidak berwarna kekuningan itu bermakna anda mengalami kekurangan Vitamin B.

Tetapi, harus diingat bahawa pengambilan berlebihan pun tidak bagus sebab ia akan memberi bebanan lebih kepada buah pinggang kita. Itu sebabnya Shaklee memastikan produk-produk mereka adalah seimbang dengan melakukan 83,000 ujian kualiti (QC test) setahun.


APAKAH MANFAAT UTAMA VITAMIN B COMPLEX SHAKLEE ?

  1. Menukarkan makanan kepada tenaga - B Complex Shaklee membantu proses penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga. Sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan.
  2. Melawan Tekanan - B Complex Shaklee memastikan kesihatan fungsi saraf. Sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
  3. Membantu Tumbesaran - B Complex Shaklee menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal pada bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.
  4. Kesihatan Rambut - B Complex Shaklee memperbaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut. Ni sangat bagus bagi mereka yang ada masalah kekurangan rambut.
  5. Kesihatan Mata - B Complex Shaklee mengurangkan masalah keletihan mata, katarak, meningkatkan kualiti penglihatan dan memperbaiki memori serta daya fokus anda.
  6. Mengurangkan risiko mendapat anemia - B Complex Shaklee membantu pembentukan Sel Darah Merah yang sihat dan antibodi, merangsang peredaran darah dalam badan, memperbaiki kesihatan kardiovaskular, anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat dan laut.
  7. Meredakan Senggugut - B Complex Shaklee baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman terutama bagi mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.
  8. Mengurangkan risiko mendapat Perleche – B Complex Shaklee boleh mengurangkan risiko penyakit kerekahan mulut (mouth chilitis), jangkitan lidah (glossitis) dan nafas berbau.
  9. Detoksifikasi - Meredakan Alahan.

KELEBIHAN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG

1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.

2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).


APAKAH KESAN UTAMA AKIBAT KEKURANGAN VITAMIN B ?

1) Keletihan.

2) Perleche - keradangan belah bibir (atau sudut-sudut mulut) berikutan kulat atau jangkitan bakteria.

3) Lemah Ingatan

4) Sakit Lidah

5) Hilang Berat Badan Secara Tidak Sihat

6) Anemia - keadaan perubatan di mana kiraan sel darah merah atau hemoglobin adalah kurang daripada biasa. 

7) Masalah Kulit (Skin Lesions)
8) Insomnia - gangguan tidur atau ketidakupayaan untuk tidur. 

9) Jantung Membesar

Kesimpulannya, vitamin B Complex Shaklee adalah cara semulajadi untuk melawan stres/tekanan dan mengurangkan risiko mendapat pelbagai masalah kesihatan.

Di harapkan dengan perkongsian di atas, mampu memberikan anda sedikit maklumat tentang keperluan dan akibat kekurangan Vitamin B. 


Untuk sebarang pertanyaan dan pengetahuan lanjut cara dan waktu yg sesuai untuk pengambilan vitamin tersebut di atas, jangan segan untuk menghubungi saya seperti yang tertera di bawah :-


Qis & Nizan ID No. 1066369
Shaklee Independent Distributor
Contact : 012-9160281 & 016-3361821
Email : manjalarafoods@gmail.com
FB Page : https://www.facebook.com/manjalarafoodsnsupplement
Blog : http://www.manjalarafoodsnsupplement.blogspot.com/
*pm for special deal price


Monday, 23 December 2013

Alfalfa Complex

Alfalfa merupakan raja segala tumbuhan dan raja segala herba. Ia mempunyai sitem akar yang panjang, iaitu sedalam 20 - 30 kaki ke dalam tanah. Selain kaya dengan klorofil, ia juga merupakan makanan paling lengkap kerana mempunyai 15 mineral, 10 vitamin, 8 enzim dan juga fiber. Ia juga kaya dengan mikronutrien yang membantu sistem badan berjalan lancar.

Pengamal perubatan herba (herbalists) selalunya akan mengesyorkan Alfalfa untuk pesakit yang kurang nutrisi (malnutrition), lemah (debility) dan sakit berpanjangan (prolonged illness).

Kebaikkan Memakan Alfalfa

Kaya dengan vitamin dan mineral, Alfalfa Shaklee Mengandungi vitamin B, C, E dan K dalam jumlah yang seimbang. Mengandungi mineral Kalsium, Magnesium, Kalium, Fosforus dan Zat Besi. Alfalfa Shaklee turut mengandungi, Flourida, Protein, Mineral Surih, Serat, Asid Lemak dan Antioksidan.

(1) Terkenal untuk merawat 3 A :

• Arthritis
• Asthma
• Allergy

(2) Berkhasiat untuk membantu masalah :

• Penyakit Usus (Colon disorder)
• Buah pinggang
• Kencing manis
• Melawaskan usus
• Ulcer
• Fluid retention (sembab)
• Kurang selera

(3) Mengandungi 8 enzim yang boleh membantu masalah :

• Penghadaman
• Pencernaan
• Flatulence
• Abdominal discomfort dikalangan orang dewasa

(4) Terkaya dengan klorofil yang dapat membantu masalah

• Gastrik
• Penyakit kulit (Eczema)
• Kurang darah (Anemia)
• Sembelit
• Badan, nafas dan kaki berbau

(5) Promotes pituitary gland function.

(6) Meneutralkan asid dalam badan (Alkalize’s the body and detorities the body especially the liver).

(7) Merawat masalah keputihan pada wanita. Sifatnya yang mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti kacip Fatimah, maka, membantu dalam "hubungan" suami isteri (enhance libido).

Malah, ada juga yang mengaitkannya dengan membantu pembesaran payudara, memang sangat bagus diambil oleh wanita & para isteri.

(8) As a galactagouge. Bagus diambil oleh ibu menyusu, kerana ia meransang dan menambah pengeluaran susu ibu .

20 Manfaat Alfalfa Kepada Kesihatan
  1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
  2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
  3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  4. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)
  5. Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
  6. Merawat arthitis
  7. Bagus untuk elergi dan ekzema
  8. Merawat athma
  9. Mencuci usus bagi membuang toksik
  10. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan dalam buah pinggang
  11. Meneutralkan asid dalam badan
  12. Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).
  13. Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
  14. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
  15. Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
  16. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  17. Meningkatkan stamina seorang suami
  18. Melegakan sembelit (tapi kalau kurang minum air boleh jadi sembelit tau!)
  19. Membuang angin dalam badan
  20. Milk booster

Keistimewaan

1. Sumber terbaik dari daun alfalfa (tanpa akar dan batang)
2. Alfalfa Shaklee ditanam tanpa semburan bahan kimia
3. Pil boleh dihancurkan dan dicampur dengan air sebagai minuman herba semulajadi.
4. Alfalfa Shaklee tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet tiruan.
5. Membersihkan hati.
6. Membantu melengkapakan zat dan nutrient dalam pemakanan seseorang.

Penyusuan Susu Ibu Dan Alfalfa

Namun, soalan popular daripada customers ialah "berapa biji alfalfa nak makan ni Qis? boleh ke makan lebih daripada dua biji ni?

Baiklah, boleh sangat sebenarnya sebab maksimum pengambilan Alfalfa (seperti yang tertera pada botol Alfalfa tu) ialah 10 biji sehari. NAMUN, untuk membiasakan tubuh anda dengan pengambilan Alfalfa ni, disarankan anda bermula dengan dos yang rendah. Sebab apa? Sebab penerimaan suplemen pada setiap tubuh individu adalah sangat berbeza.

Oppss .. noted that entry ni khas untuk ibu menyusu tau. Saya tak touch pasal fungsi Alfalfa untuk resdung, kuruskan badan, keputihan, keintiman etc. So, saya sekarang sedang explain pasal fungsi Alfalfa sebagai penggalak susu/milk booster/membantu mempercepatkan penghasilan susu badan.

Berdasarkan pengalaman, kajian, pemerhatian dan testimoni yang diterima, saya dapati :
  • ada orang makan 2 biji Alfalfa susu badan dah increase on next pumping session
  • ada orang makan 2 biji Alfalfa sampai demam bengkak susu, so, dia cuma perlu makan sebiji sehari je
  • ada orang perlu makan lebih daripada 2 biji untuk dapatkan hasil yang diinginkan
  • ada orang tak cukup dengan Alfalfa, perlukan Ostematrix dan/atau ESP
  • ada juga yang tak perlu/tak boleh Alfalfa atas sebab-sebab kesihatan
So, lain orang lain penerimaannya. Namun, konsep asas penyusuan susu ibu ialah Supply vs. Demand. Tu yang harus anda apply se'apply' 'apply'nya. Kalau penat, stress.. sila jangan skip makan vitamin-vitamin dalam set penyusuan yang kami sediakan. It really helps!
Jadi, untuk permulaan, anda makanlah 2 biji alfalfa sehari dulu. After 3, 4 days, baru kita adjust semula jadual berdasarkan penerimaan tubuh anda.. perubahan yang berlaku, healing crisis, kesan pada bayi (jika ada) dan lain-lain.

[credit to nanny Hadhatina Mkb]

Set2 kesihatan Shaklee yang mengandungi Alfalfa :
  • Set resdung, Alergi, Asma & Ekzema : Alfalfa, SR Vita-C Plus dan B Complex
  • Set Kuruskan Badan  : Alfalfa, Herblax, Lecithin, Omega Guard, Cinch Shake
  • Set Penyusuan : Alfalfa, Vitalea, SR Vita-C Plus, ESP dan Ostematrix
  • Set Intim Suami Isteri : Alfalfa, Vita-E dan Ostematrix


Untuk sebarang pertanyaan dan pengetahuan lanjut cara dan waktu yg sesuai untuk pengambilan vitamin tersebut di atas, jangan segan untuk menghubungi saya seperti yang tertera di bawah :-

Qis
& Nizan ID No. 1066369
Shaklee Independent Distributor
Contact : 012-9160281
Email : manjalarafoods@gmail.com

*pm for special deal price

Friday, 22 November 2013

I'm at 37 weeks pregnancy

Assalamualaikum..

Alhamdulillah sejak consume vitamin Shaklee, Qis takde masalah dalam tempoh trimester 3 ni.. Tenaga sentiasa ada..Cuma bosan menunggu n menghitung hari.. bila kita dok kat umah tanpa buat apa-apa yg berat.. tanpa fikir apa-apa masalah yang berat.. cengginilah.. rasa lambat.. padahal baru 37 minggu.. Mungkin juga Qis terpengaruh dengan kawan2 lain yg dah melahirkan awal.. ada yg 31 weeks dah melahirkan, ada yg 34 weeks dah melahirkan.. jadi kitapun rasa bilalah turn kita pulak ni hehe..Tapi takpelah, biarlah baby adik lahir pada waktu yang sepatutnya dalam keadaan yang sihat dan sempurna..

Berbalik kepada vitamin-vitamin Shaklee yang Qis consume sejak awal bulan October.. ternyata vitamin-vitamin ini banyak membantu memulihkan dan memelihara kesihatan kita.. Contohnya Vitalea, ia adalah sejenis multivitamin dan mineral. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Bila dah consume Vitalea, rasanya Vitalea dapatlah cover vitamin-vitamin yang berkurangan dalam badan kita, mana taknya setiap hari kita terlalu sibuk dengan urusan rumah dan anak-anak sehinggakan kita nak makan pun tak sempat dan apa yang kita makan tu pula tidak lengkap khasiatnya.

Begitu juga dengan amalan meminum ESP setiap hari. Badan kita memerlukan protein lengkap yg mengandungi 9 asid amino penting, membekalkan tenaga, membantu menjadikan kulit lebih berseri dan anjal juga dilengkapi dengan unsur kalsium. Ia juga rendah lemak dan tiada kolestrol. Selain dari itu ESP juga membantu kita rasa kenyang berpanjangan dengan pengambilan maksimum 3x sehari.

Vitamin C sustained release juga membantu Qis mengekalkan imun sihat selain dari mengelak dari terkena selsema dan demam, rasa tidak sihat badan, rasa lemah-lemah badan juga membantu kulit kita menjadi lebih cerah dan nampak ceria.

Untuk sebarang pertanyaan dan pengetahuan lanjut cara dan waktu yg sesuai untuk pengambilan vitamin tersebut di atas, jangan segan untuk menghubungi saya seperti yang tertera di bawah :-

Qis ID No. 1066369
Shaklee Independent Distributor 
Contact : 012-9160281
Email : manjalarafoods@gmail.com
FB Page : Manjalara Foods & Supplement

 

Tuesday, 12 November 2013

Set Kesihatan Sendi & Tulang

Osteoarthritis lebih mudah dikenali sebagai sakit sendi. Ia merupakan sejenis penyakit sendi yang mempunyai ciri keradangan. Sendi pula ialah bahagian badan di mana dua tulang berlainan bertemu.
Ia berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus. Ini akan menyebabkan sendi menjadi bengkak, sakit dan kebas dan menjadi punca kepada kemerosotan sendi tulang yang progresif (penyakit degeneratif sendi).
Keradangan berlaku kerana darah (tidak cukup khasiat) yang dibekalkan kurang meskipun seseorang itu sihat. Ini kerana, tubuh badan tidak boleh menghasilkan zat makanan yang mencukupi bagi menyelaras dan memastikan kadar pemulihan dan pembaharuan yang diperlukan.
Sendi yang selalunya berlaku keradangan adalah lutut. Hal ini demikian kerana, lutut adalah sendi yang menampung berat badan kita dan sentiasa digunakan sepanjang hidup kita.
Berikut adalah tanda-tanda penyakit Osteoarthritis:
  1. Sakit pada sendi yang terlibat.
  2. Kesukaran untuk membengkokkan atau meluruskan sendi akan berlaku.
  3. Sesetengahnya akan mengalami kebengkakan.
  4. Adanya pembesaran tulang sendi.
Mari kita lihat set kesihatan sendi dan tulang yang saya syorkan di sini :-


Kaedah 1 : Mengekalkan tulang rawan yang sihat
Advanced Joint Health Tablet memberikan manfaat kepad sendi dalam tiga(3) cara :
(i) menyokong keselesaan sendi
(ii) memelihara tisu penyambung yang sihat
(iii) meningkatkan kesan kusyen
Kaedah 2 : Mengurangkan inflamasi
Omega Guard Shaklee adalah omega 3 yang melambatkan degradasi tulang rawan. Ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi..jadi ia boleh membantu mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi. omega juga bertindak sebagai pelincir. ia membantu kita untuk bergerak dengan lebih bebas. Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja. 
Kaedah 3 : Mengekalkan sel tulang yang sihat

Ostematrix Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. Ramai orang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup magnesium. Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang temulang tatapi juga membantu mengurangkan gejala osteoarthritis.


Untuk sebarang pertanyaan dan pengetahuan lanjut cara dan waktu yg sesuai untuk pengambilan vitamin tersebut di atas, jangan segan untuk menghubungi saya seperti yang tertera di bawah :-

Qis ID No. 1066369
Shaklee Independent Distributor 
Contact : 012-9160281
Email : manjalarafoods@gmail.com
FB Page : Manjalara Foods & Supplement

Monday, 11 November 2013

Cara Mengatasi Masalah Keguguran Rambut


1. Keguguran rambut berpunca daripada gaya hidup kita hari ini yang sibuk bekerja, gaya pemakanan yang tidak sihat, serta tubuh badan yang stress.

2. Masalah keguguran rambut adalah normal selepas bersalin kerana perubahan hormon secara drastik.


3. Pengambilan nutrisi yang betul dapat mengurangkan masalah keguguran rambut. Pakar Nutrisi yang dijemput juga mencadangkan pengambilan multivitamin, protein dan juga zink.


Memang pening melihat rambut berguguran di lantai. Lagi satu dalam bilik air, rasa takut bila tengok rambut di mana-mana. Berdasarkan saranan pakar nutrisi tersebut, di cadangkan kepada sesiapa yan mengalami masalah keguguran rambut, boleh amalkan Shaklee Vita-Lea, ESP dan Zinc Complex. Vita-Lea mampu membantu melengkapkan kekurangan nutrisi harian, manakala ESP akan membantu penyerapan vitamin-vitamin di samping ESP sangat bagus dalam membina sel-sel baru dalam badan. Zinc Complex pula berperanan menguatkan syaf rambut. InsyaAllah, atas doa dan usaha, keguguran rambut akan berkurangan.

Berikut adalah nutrien dan vitamin yang amat diperlukan oleh tubuh manusia untuk menguatkan folikel rambut dan sekaligus mengatasi masalah keguguran rambut.

1. PROTEIN (terdapat dalam ESP)
Protein merupakan komponen penting rambut. 90% struktur rambut dikomposisikan oleh protein yang juga sebenarnya adalah ramuan yang biasa terdapat di dalam syampu, perapi syampu dan dalam rawatan rambut.Protein juga merupakan salah satu sebab yang menjadikan rambut kuat dan tahan daripada kerosakan.

2. IRON (ZAT BESI) (terdapat dalam multivitamin Vita-Lea)
Kekurangan zat besi dalam badan menyumbang kepada keguguran rambut. Orang yang mempunyai kekurangan zat besi dan rambut gugur perlu meningkatkan pengambilan zat besi dalam pemakanan harian mereka kerana zat besi boleh membuat perubahan yang ketara dalam pertumbuhan rambut.

3. ZINC COMPLEX
Kekurangan zinc menyebabkan shaf rambut anda menjadi lemah, menyebabkan kerosakan rambut dan pertumbuhan semula rambut yang sangat perlahan. Zink bermanfaat untuk rambut termasuk untuk pembiakan sel, pertumbuhan tisu dan pembaikan tisu yang rosak. Ia juga mengekalkan kelenjar merembeskan minyak yang melekat pada folikel rambut anda, sekali gus mengurangkan peluang rambut jatuh.


Pengambilan makanan yang mengandungi nutrien di atas dengan kadar yang mencukupi menjamin kesihatan rambut dan menguatkannya serta mengelakkan masalah keguguran rambut. Jika anda tidak tahu adakah nutrien tersebut di ambil oleh tubuh dengan kadar yang mencukupi melalui pemakanan setiap hari, maka cara terbaik ialah dengan mengambil suplemen. Ini sekaligus menjamin segala nutrien yang diperlukan oleh rambut dapat diserap bagi mengatasi masalah keguguran rambut.


Untuk sebarang pertanyaan dan pengetahuan lanjut cara dan waktu yg sesuai untuk pengambilan vitamin tersebut di atas, jangan segan untuk menghubungi saya seperti yang tertera di bawah :-

Qis
Shaklee Independent Distributor ID No. 1066369
Contact : 012-9160281
Email : manjalarafoods@gmail.com
FB Page : Manjalara Foods & Supplement

Sunday, 10 November 2013

100 Panduan Siap Sedia Bersalin

Bersiap Hadapi Tiga Trimester Kehamilan

Persediaan untuk bergelar ibu seharusnya bermula sejak awal dan sebaiknya bermula sebelum hamil lagi. Bakal ibu perlu mengambil tahu maklumat tentang kehamilan.


Menurut Pakar Obstetrik& Ginekologi Pusat Perubatan Barakah, Dr Khairiah, wanita yang merancang untuk hamil perlu memastikan kesihatan mereka berada pada tahap optimum dan mengamalkan cara hidup sihat.

Jika ada sebarang penyakit yang dihidapi seperti darah tinggi, buah pinggang dan sebagainya, mereka perlu berbincang dengan doktor dan pastikan kesihatan pada tahap optimum kerana berisiko mendapat keguguran atau kecacatan bayi.

Beliau membahagikan perubahan yang patut dijangka oleh bakal ibu kepada tiga trimester. Setiap trimester mengambil tempoh tiga bulan. Jumlah masa tiga trimester adalah 9 bulan.

1. Perubahan paling biasa berlaku adalah rasa loya, muntah, selera makan berubah, keletihan berlebihan, sakit di payu dara dan kekerapan membuang air kecil.
2. Untuk mengurangkan rasa loya makan dengan kerap dalam kuantiti yang sedikit dan elakkan makanan berminyak atau berempah.
3. Jika ibu mengalami alahan teruk sehingga tidak boleh makan langsung, jangan paksa untuk makan sebaliknya cari apa yang boleh diterima oleh tekak dan pastikan berjumpa doktor untuk rawatan.
4. Banyakkan berehat untuk mengurangkan rasa keletihan yang dialami.
5. Jangan lupa makan asid folik, sebaiknya mula makan sekiranya merancang untuk mengandung.
6. Persiapkan mental untuk menghadapi perubahan yang berlaku.
7. Jangan terlalu risaukan keadaan janin dalam rahim jika ibu terlalu teruk mengalami alahan. Janin tetap sihat dan membesar kerana dia mengambil khasiat yang diperlukan daripada badan ibu.
8. Cari coli yang lebih selesa dipakai kerana ketika ini payu dara mengalami perubahan saiz dan akan menjadi lebih sensitif.
9. Jika anda masih lagi menyusukan anak terdahulu dan keadaan kesihatan baik serta tidak mengalami loya dan alahan teruk maka ibu boleh terus menyusukan bayi tetapi jika keadaan ibu teruk, dinasihatkan berhenti menyusukan bayi. Berbincanglah dengan doktor anda tentang hal ini.
10. Anda digalakkan membuat pemeriksaan antnenatal pertama pada trimester ini untuk memastikan keadaan kandungan normal dan mengetahui tarikh jangkaan bersalin yang betul terutama jika anda lupa tarikh haid atau haid anda tidak menentu.

Trimester 2
11. Hadapi trimester kedua dengan gembira kerana waktu ini keadaan ibu sudah semakin stabil dan bebas daripada alahan serta saiz badan masih belum membesar dengan ketara lagi.
12. Rasa sakit pada payu dara juga semakin berkurangan kerana hormon sudah stabil.
13. Ibu digalakkan melakukan senaman sebab ia boleh membantu mengekalkan kesihatan sepanjang hamil dan memberikan stamina semasa bersalin. Contoh senaman terbaik adalah berenang, berjalan dan yoga (mengekalkan fleksibiliti otot).
14. Ibu berkemungkinan besar akan selalu rasa sakit pinggang/belakang badan sebab ada kaitan dengan postur badan. Oleh itu pastikan ibu duduk dengan tulang belakang sentiasa tegak agar dapat mengurangkan sakit belakang. Ibu perlu tahu tentang postur-postur yang betul untuk mengelakkan sakit belakang.
15. Ibu juga akan mudah mengalami sembelit. Pastikan banyak minum air, makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
16. Pilih baju yang longgar dan selesa dipakai sepanjang hari. Ketika ini rahim ibu mula keluar sebab perut semakin besar jadi tidak selesa apabila memakai pakaian yang ketat.
17. Emosi ibu semakin stabil. Bagi ibu yang beragama Islam, banyakkan solat, berzikir dan membaca Al-Quran.
18. Ibu digalakkan makan buah kurma, kekacang seperti badam dan susu untuk pembentukan otak bayi yang sihat.
19. Jika anda ibu yang ada penyakit seperti darah tinggi, buah pinggang, pastikan tahap kesihatan di tahap optimum ketika hamil sebab ada risiko kelahiran pramatang atau pembesaran bayi terganggu.
20. Komplikasi ketika kehamilan seperti penyakit diabetis, darah tinggi boleh berlaku selepas tempoh 20 minggu kehamilan.
21. Penyakit anemia iaitu kekurangan zat besi boleh berlaku pada mana-mana trimester. Jika paras hemoglobin rendah, ibu dinasihatkan makan suplemen zat besi dan jika teruk, ibu akan perlu tranfusi darah.
22. Kekurangan kalsium boleh menyebabkan masalah seperti kekejangan otot, gigi reput, berlubang dan osteoporosis kerana bayi mengambil semua kalsium yang diperlukan dari badan ibu. Jika ibu tidak boleh minum susu, ambil suplemen kalsium kerana keperluan kalsium ibu hamil adalah sebanyak 1200mg setiap hari.

Trimester 3
23. Saiz badan ibu semakin membesar.
24. Ibu akan berasa lebih panas, tidur tidak selesa, kerap buang air kecil, kejang otot, sakit pinggul kerana otot mula meregang untuk proses bersalin.
25. Persiapkan diri dengan infomasi berkenaan proses pelahiran anak seperti latihan teknik pernafasan dan pilihan cara untuk mengurangkan kesakitan ketika bersalin.
26. Kekalkan stamina untuk proses kelahiran dan pastikan ibu mendapat rehat secukupnya.
27. Ada bakal ibu mengalami penurunan selera makan dan ada yang sebaliknya. Jika tidak berselera lakukan seperti ketika trimester pertama iaitu makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Tetapi jika terlalu berselera, ambil makanan yang tinggi serat kerana ia mengurangkan risiko terkena diabetis di akhir kehamilan.
28. Sesetengah bakal ibu akan mengalami kekejangan kaki, bengkak kaki dan kebas tangan disebabkan water retention. Kebas tangan adalah disebabkan oleh carpaltunnel syndrome iaitu berlaku tekanan kepada saraf yang pergi ke tangan disebabkan oleh water retention. Kebas ini boleh dikurangkan dengan kerap melakukan senaman tangan.
29. Vericose vein juga banyak berlaku kepada ibu hamil. Ubat daripada doktor boleh diberi sekiranya keadaan ibu terlalu teruk. Ibu digalakkan memakai stoking elastik dan meletakkan kaki ke atas paras lebih tinggi dari badan semasa baring atau duduk.

Bersalin Di Mana?
30. Swasta atau kerajaan. Sebaik sahaja anda disahkan hamil, perkara yang mesti difikirkan ialah bersalin di mana. Apa juga keputusan yang dipilih mestilah berdasarkan bajet anda.
31. Jika anda mempunyai tahap kesihatan yang baik semasa hamil, hospital kerajaan atau swasta tidak menjadi isu utama. Sekiranya anda memang ada peruntukkan kewangan tanpa had untuk melahirkan anak, tidak salah memilih hospital lima bintang untuk keselesaan maksimum.
32. Jenis pusat perubatan – Andai anda mementingkan ciri-ciri Islamik, anda boleh membuat tinjauan hospital yang bercirikan demikian supaya aurat sentiasa terpelihara sebagai wanita Muslimah.
33. Tanyalah sama ada hospital berkenaan menawarkan doktor dan jururawat yang terdiri daripada wanita. Namun tidak semua hospital berciri sedemikian berdekatan dengan kawasan kediaman anda.
34. Dari segi lokasi hospital, pilihlah hospital berhampiran dengan kediaman untuk mengelak daripada kesesakan jalan raya supaya dapat sampai segera ke hospital di saat pelahiran sudah tiba. Anda pasti tidak mahu bersalin dalam kereta.
35. Jika berlaku kesesakan ketika itu, mintalah bantuan polis atau orang ramai bagi membantu melancarkan perjalanan anda ke hospital.
36. Pakej bersalin- Dapatkan maklumat terperinci daripada brosur pakej bersalin di hospital supaya anda tahu tentang kos tersembunyi dalam pakej bersalin.
37. Dapatkan maklumat berkenaan kos jika bersalin pada waktu malam dan waktu siang atau cuti umum. Begitu juga jika berlaku komplikasi semasa bersalin, ia akan dikenakan bayaran tambahan.
38. Biasanya pakej bersalin di kebanyakan hospital menawarkan untuk kelahiran normal tanpa komplikasi dan begitu juga pembedahan caesarean. Semua ini perlu ditanya untuk mengelak bajet anda ‘ lari’ .
39. dipilih mempunyai kelengkapan yang mencukupi untuk bayi yang mungkin berisiko dan ibu yang mempunyai masalah kesihatan. Jangan memilih pusat perubatan yang kecil dan tiada kemudahan untuk kecemasan.
40. Ada hospital swasta menyediakan ‘lawatan’ selepas ibu pulang daripada bersalin untuk melihat perkembangan bayi dan ibu.
41. Hospital mestilah mudah mendapat rawatan doktor dan bilik pembedahan serta merta.
42. Hospital mesti mempunyai beg darah mencukupi bagi sebarang kecemasan.
43. Ada hospital membenarkan suami menemani isteri bersalin.
44. Ada hospital mempunyai wad bersalin yang dilengkapi oleh teknologi CCTV bagi mengelak berlaku kes kehilangan bayi.

Persiapan Spiritual
45. Perlakuan, perbuatan dan amalan yang dilakukan oleh bakal ibu dan ayah mempengaruhi pembentukan anak yang dikandung.
46. Bagi yang beragama Islam, lakukan persediaan rapi untuk menjadi ibu bapa yang hebat kepada anak yang berperibadi mulia kelak.
47. Sentiasa memelihara akhlak sepanjang hamil misalnya banyakkan bersabar, bersikap baik dengan jiran, menghormati ahli keluarga dan teman-teman. Tingkah laku yang baik mempengaruhi sikap anak yang bakal lahir.
48. Banyak mengingati Allah dengan memohon ampun dan taubat supaya Allah akan mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan selama ini dan seterusnya membersihkan hati dari perasaan yang tidak baik.
49. Cuba perbanyakkan amal ibadat seperti sembahyang sunat, puasa sunat terutama Isnin dan Khamis serta melakukan kebajikan.
50. Amalkan doa bagi memohon kepada Allah agar mengurniakan zuriat yang sihat, sempurna dan soleh perlu sering bermain di bibir bakal ibu dan ayah.
51. Elakkan melakukan posisi atau aksi yang boleh memudaratkan pasangan semasa berasmara.
52. Faham perubahan fisiologi tubuh badan isteri kerana suami seharusnya melayan dan menggembirakan hati isteri yang sedang hamil.
53. Gembira dan sentiasa tenang menghadapi perubahan diri yang kadang kala tidak selesa. Emosi yang tenang dan bahagia merupakan rangsangan kepada pembinaan otak seterusnya kelahiran bayi yang sihat, terangsang, pintar dan cerdas.
54. Hadirkan diri dalam majlis ilmu dan keagamaan bagi meningkatkan dan menguatkan pengetahuan keagamaan sebagai bakal papa mama agar menjadi contoh tauladan kepada zuriat yang akan dilahirkan.
55. Istighfar iaitu memohon keampunan kepada Ilahi satu amalan mulia yang mesti dilakukan oleh suami isteri terutama setiap kali selepas solat fardu.
56. Jaga pemakanan yang masuk ke tubuh bakal ibu dan juga bapa. Makan makanan yang halal dan berkhasiat kerana ia akan menjadi darah daging zuriat kalian.
57. Banyakkan berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.
58. Layanan suami yang prihatin terhadap isteri yang sedang hamil dapat menggembirakan hati isteri seterusnya mempengaruh perkembangan sihat janin yang dikandung.
59. Memastikan isteri dalam keadaan sihat secara fizikal dan mental menjadi tanggungjawab suami kerana ia penting untuk melahirkan zuriat yang sihat fizikal dan mentalnya.
60. Niatkan dalam hati agar dihindarkan daripada segala kejahatan dan Allah mengurniakan zuriat yang sihat dan sempurna kepada anda.
61. Orang-orang yang sabar adalah orang yang sentiasa reda dengan segala dugaan yang datang kepadanya terutama ketika sedang hamil.
62. Perasaan gembira dan bahagia atas kurniaan bakal zuriat mesti ditunjukan dengan banyak melakukan sujud syukur pada Ilahi.
63. Banyakkan membaca Al-Quran, berzikir dan berdoa memohon keselamatan keselamatan sepanjang mengandung dan mudah bersalin.
64. Tutur kata suami dan isteri perlu dijaga. Sentiasa mengeluarkan kata-kata yang positif dan baik sebagai salah satu cara merangsang perkembangan emosi anak yang dikandung.
65. Jauhi diri daripada majlis-majlis yang berunsur maksiat dan mungkar semasa isteri hamil amat baik dilakukan. Oleh itu, suami isteri hendaklah menjauhi tempat-tempat maksiat seperti pesta-pesta hiburan, kelab malam, konsert-konsert yang bertentangan dengan Islam dan sebagainya.
66. Yakinlah dengan nikmat yang Allah berikan kepada wanita yang hamil dan melahirkan anak.

Doa-doa yang elok diamalkan semasa mengandung ialah :

67. Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9)

A008
(Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.

A009
"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya". Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.

68. Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38 )

A038
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan".


69. Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
70. Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)
71. Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)
72. Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
73. Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
74. Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
75. Surat Toha (Semoga bayi lembut hati)
76. Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)
77. Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati)
78. Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)

A-Z kelengkapan untuk ibu dan bayi
79. Adakah kad pengenalan diri anda disimpan di dalam beg yang senang dicapai? MyKad anda penting kerana akan digunakan sewaktu mendaftar masuk ke wad bersalin.
80. Biasanya pada minggu-minggu terakhir kad pemeriksaan kesihatan ibu mesti dibawa bersama. Anda boleh bersalin bila-bila masa! Sama seperti MyKad, simpan ia di tempat yang senang dicapai.
81. Cuba bawa bantal kecil yang mungkin dapat dijadikan bantal tambahan ketika bertarung dengan kesakitan kontraksi. Anda boleh meletakkan bantal berkenaan di bahagian belakang badan.
82. Dalam tempoh anda mengalami kontraksi, bawalah tuala untuk mengelap muka yang mungkin kebasahan akibat peluh selain boleh digunakan untuk menyegarkan diri agar terus bertenaga menghadapi proses pelahiran.
83. Elakkan berasa tertekan sepanjang tempoh awal pelahiran. Anda boleh mendengar ayat-ayat suci Al-Quran menerusi peralatan yang tidak menggunakan wayar elektrik. Contohnya, iPod dan MP4.
84. Fasa tempoh awal pelahiran pastinya membuatkan rasa mual dan ingin muntah biar pun anda kini dalam proses pelahiran. Bagi mengatasinya, anda boleh menghisap gula-gula berangin untuk kekal selesa.
85. Gaya pakaian bersesuaian untuk dipakai ketika hari anda dan bayi dibenarkan pulang ke rumah perlu dibawa. Sebaik-baiknya, pakaian yang anda biasa pakai ketika usia kandungan enam bulan dahulu.
86. Sediakan coli menyusu dua atau tiga helai di dalam beg yang bakal di bawa ke hospital. Ini penting kerana coli ini mampu memberi sokongan kepada payu dara yang mungkin bengkak selepas bersalin.
87. Selain itu, sediakan juga pad payu dara kerana ia penting bagi mengatasi masalah susu meleleh dan mengelakkan kesan lelehan di baju yang anda pakai.
88. Jangan lupa menggunakan bantal khas ketika menyusukan bayi. Ia dapat mengurangkan risiko sakit bahu dan belakang sepanjang proses menyusukan bayi. Malah ia bermanfaat untuk anda yang mungkin melahirkan bayi secara caesarean.
89. Kekalkan keselesaan kaki semasa bersentuhan dengan permukaan lantai yang sejuk. Jadi pakailah stoking yang dapat membantu mengatasi masalah kaki mengalami kesejukan.
90. Utamakan keselesaan dengan membeli tuala wanita khusus untuk wanita bersalin, jenis overnight atau yang boleh memberi perlindungan maksimum memandangkan pada hari-hari awal selepas kelahiran, darah yang keluar adalah banyak.
91. Bagi memudahkan anda mengendalikan diri, pastikan menggunakan seluar dalam pakai buang. Ia amat praktikal terutamanya kepada anda yang mungkin bersalin secara caesarean.
92. Query-Berapa banyak pasang baju berlengan panjang untuk bayi pakai ketika hendak pulang ke rumah nanti? Pemilihan baju berlengan panjang penting kerana ia dapat memastikan bayi yang baru lahir itu kekal panas.
93. Rupa bayi pastinya comel bila bertopi. Hakikatnya majoriti haba panas tubuh bayi hilang melalui kepalanya. Oleh itu untuk memastikan suhu badan bayi kekal selesa, anda perlu memakaikannya topi.
94. Stoking atau sarung kaki amat penting. Jangan lupa untuk membawanya untuk dipakai bayi. Ia dapat memerangkap haba pada bahagian tersebut.
95. Tentu sekali kuku bayi baru lahir agak panjang dan boleh meninggalkan kesan calar apabila kukunya bersentuhan dengan muka atau bahagian tubuh lain. Oleh itu pakaikan sarung tangan untuk melindungi bahagian tertentu daripada tercalar.
96. Untuk memastikan tubuh bayi sentiasa panas, sediakan kain selimut daripada fabrik lembut supaya bayi dapat tidur dengan lena.
97. Zuriat anda pastinya mengujakan anda, jika mempunyai bajet lebih tidak salah anda menyediakan kamera atau kamera video untuk merakam detik-detik manis pelahiran si manja anda.
98. Rupa bayi pastinya comel bila bertopi. Hakikatnya majoriti haba panas tubuh bayi hilang melalui kepalanya.
99. Stoking atau sarung kaki amat penting. Jangan lupa untuk membawanya untuk dipakai bayi. Ia dapat memerangkap haba pada bahagian tersebut.
100. Tentu sekali kuku bayi baru lahir agak panjang dan boleh meninggalkan kesan calar apabila kukunya bersentuhan dengan muka atau bahagian tubuh lain. Oleh itu pakaikan sarung tangan untuk melindungi bahagian tertentu daripada tercalar.

[kredit to Pa&Ma]