Wednesday, 12 November 2014

Berhabuk - Bersawang dan seangkatan dengannya

Assalamualaikum w.b.t

Dah lama betul Qis tak bersiaran kat blog Qis ni.. dengan masalah internet kat sini memang menggugat rasa jiwa dan raga.. But soon.. rumah mak dah pun ada Internet hew hew..

Untuk makluman Qis dah nak berpindah ke kampung halaman.. ada seminggu lagi.. Dalam hati ni dah berbagai rasa.. Ada rasa best ada juga rasa tak best..

Rumah sewa yg di inginkan tak dapat lagi.. dan ada pulak orang yang mungkin tak suka Qis balik kampung.. Entahlah mungkin cuma rasa Qis je tu.. abaikanlah ye.

Sekarang ni Qis busy buat jadual utk kerjaya baru di kampung.. edisi frozen food yang baharu cadangnya ialah :-

1) Roti Canai Segera 5 kpg RM5
2) Aneka Pau 10 biji RM5

dan..

3) Aneka Roti seperti :-
a. Roti Sarang Lebah 8 ketul RM5
b. Roti Sosej RM2
c. Roti Pizza Sosej RM1
d. Mexican Bun RM1
e. Roti Butter Manis RM1

4) Kek Keju Meleleh RM5
5) Congo Bars RM45 atau 3 bar RM4.50

Rasanya ni je dulu.. slow-slow Qis tambah produk lain.



Saturday, 8 March 2014

Set Kesihatan Sendi & Tulang hadiah untuk ayah tersayang

Osteoarthritis lebih mudah dikenali sebagai sakit sendi. Ia merupakan sejenis penyakit sendi yang mempunyai ciri keradangan. Sendi pula ialah bahagian badan di mana dua tulang berlainan bertemu.


Ia berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus. Ini akan menyebabkan sendi menjadi bengkak, sakit dan kebas dan menjadi punca kepada kemerosotan sendi tulang yang progresif (penyakit degeneratif sendi).
Keradangan berlaku kerana darah (tidak cukup khasiat) yang dibekalkan kurang meskipun seseorang itu sihat. Ini kerana, tubuh badan tidak boleh menghasilkan zat makanan yang mencukupi bagi menyelaras dan memastikan kadar pemulihan dan pembaharuan yang diperlukan.

Sendi yang selalunya berlaku keradangan adalah lutut. Hal ini demikian kerana, lutut adalah sendi yang menampung berat badan kita dan sentiasa digunakan sepanjang hidup kita.

Berikut adalah tanda-tanda penyakit Osteoarthritis:
  1. Sakit pada sendi yang terlibat.
  2. Kesukaran untuk membengkokkan atau meluruskan sendi akan berlaku.
  3. Sesetengahnya akan mengalami kebengkakan.
  4. Adanya pembesaran tulang sendi.

Bagaimanakah cara nak mengatasi sakit sendi ini? Amalkan tiga produk ini :
Produk 1 : Mengekalkan tulang rawan yang sihat
Advanced Joint Health Tablet memberikan manfaat kepad sendi dalam tiga(3) cara :
(i) menyokong keselesaan sendi
(ii) memelihara tisu penyambung yang sihat
(iii) meningkatkan kesan kusyen

Produk 2 : Mengurangkan inflamasi
Omega Guard Shaklee adalah omega3 yang melambatkan degradasi tulang rawan. ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi..jadi ia boleh membantu mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi. omega juga bertindak sebagai pelincir. ia membantu kita untuk bergerak dengan lebih bebas. Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja.
Produk 3 : Mengekalkan sel tulang yang sihat
Ostematrix adalah Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. Ramai orang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup magnesium. Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang temulang tatapi juga membantu mengurangkan gejala osteoarthritis.

Untuk sebarang pertanyaan dan pengetahuan lanjut cara dan waktu yg sesuai untuk pengambilan vitamin tersebut di atas, jangan segan untuk menghubungi saya seperti yang tertera di bawah :-

Qis
SID No. 1066369
Contact : 012-9160281
Email : manjalarafoods@gmail.com





Wednesday, 5 March 2014

ESP minuman kegemaran saya !!


Kenapa ESP menjadi sangat terkenal dalam Shaklee?

Hasil pengalaman minum ESP hari2 tanpa miss saya dapati ESP ini sangat sedap di campur dengan susu..
SUKERRRR SANGATTTTT !!! rasa jiwa kosong bila x minum sehari..

Hasil dari minum ESP setiap hari saya dapat protein yg lengkap dengan 9 asid amino penting utk fungsi tubuh saya.. sebenarnya saya bukan penggemar soya.. sehingga kini pun saya tak suka minum soya asli tu.. Entah kenapa saya lebih sukakan soya serbuk ni hehe..

Saya consume semasa mengandung 7 bulan sehinggalah sekarang.. hasilnya saya sangat cergas dan bertenaga di akhir2 tempoh kehamilan.. kulit anak saya juga bersih, lembut dan berseri :)



ESP ni sesuai untuk semua, baik lelaki mahupun perempuan, kanak2, atau remaja.. pada yg masih belajar ESP sangat bagus di minum pada waktu pagi kerana ESP mengandungi protein dan protein membantu memberi lebih daya penumpuan semasa belajar mahupun bekerja :)

Cara makan ESP ni ialah dengan mengambil satu scoop atau satu sudu besar utk setiap hidangan tidak lebih dari 3 kali sehari. ESP di bancuh dengan air kosong suhu bilik ataupun sejuk, di campur dengan jus, susu atau cereal juga boleh dibuat ice blended.. ESP tidak boleh dibancuh dengan air panas.

Pada individu yang sedang berdiet, ESP memberi peranan dalam pembinaan otot selepas diet, byk sel2 mati serta otot dan kulit yg kendur boleh dirapikan semula sekaligus kulit anda akan kelihatan cantik dan muda.

Now bulan promosi ESP tau, untuk bulan MArch ni aje, so jangan lepaskan peluang ini, beli 6 dapat percuma 1.

Untuk sebarang pertanyaan dan pengetahuan lanjut cara dan waktu yg sesuai untuk pengambilan vitamin tersebut di atas, jangan segan untuk menghubungi saya seperti yang tertera di bawah :-

Qis
SID No. 1066369
Contact : 012-9160281
Email : manjalarafoods@gmail.com
FB Page : https://www.facebook.com/manjalarafoodsnsupplement

Monday, 24 February 2014

Kuih Melayu versi air gula merah

Haa,, ni dia kuih melayu yg telah di modenkan..
Lompat tikam ni mmg menarik tekak kan !!!

gambar ihsan lompat tikam versi air gula atas

gambar ihsan lompat tikam versi air gula kat bawah
Sumsum percubaan pertama saya :)


yang ini pula sumsum yg saya cuba buat pertama kali.. bolehlah.. banyak masa nak improve lagi, mikirkan acuan yg cun utk dicedokkan kedalam bekas tu then dok pk nak jual bape hinggit hehe (otak bisnes) :p


Gambar ihsan google Kuih Lopes

Kuih lopes ni saya belum try lagi.. rasa ni paling susah n leceh sikit dari lompat tikam n sumsum kot.. Entahlah.. belum cuba belum tahu..

Jadi.. saya rasa nak jual lompat tikam n sumsum la.. ADE BRANI ???

Vitalea



Baiklah semua kenapa kita masih membincangkan tentang Vitalea? Qis ni x habis2 asyik cakap pasal Vitalea aje kan?? Yelah sebab kita masih lagi dalam bulan promosi Vitalea (Multivitamin hebat dari Shaklee)..

Perbezaan Shaklee
  • Setiap tablet Vitalea ini mengandungi  30 nutrisi harian lengkap yang di ekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana yang disarankan oleh RDA.
  • Di formulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.
  • Tablet Vitalea disaluti dengan serbuk nutrisi - spirulina
  • Merupakan tablet multivitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia
  • Ujian klinikal membuktikan dengan pengambilan Vitalea selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.

Manfaat utama
  1. Penambahan tenaga segera
  2. Pelengkap nutrisi
  3. Keupayaan sistem produktif
  4. Metabolisma
  5. Elemen penting pada sel tubuh
  6. Melindungi organ
OK !!! jom consume multivitamin Vitalea ni untuk kesihatan berpanjangan ..

2 tablet sehari selepas makan :)

Wednesday, 19 February 2014

Nusari Bayu 2, Bandar Sri Sendayan

Diam x diam dah masuk tahun ke 3 kami menetap di Nusari Bayu, Bandar Sri Sendayan ni..Happy tinggal di sini, taman perumahan yang aman damai, tenang.. 99% penduduknya Melayu..

Tapi sayang kedamaian itu x mampu utk kami pertahankan untuk terus menetap di sini.. Sayang sekali.. apabila kita rasa inilah tempatnya.. inilah tempatnya untuk kami membesarkan anak2 kami.. walau kami tahu x mungkin kami dapat menghabiskan usia tua di sini, tetapi rancangan untuk menetap lebih lama terpaksa kami kuburkan..

Betul.. orang kata.. jangan kita merancang terlalu jauh.. kerana biasa2nya pasti xkan berakhir seperti yang di rancang.. Allah yang maha kuasa lagi maha menentukan.. kita ini hanya hambanya..

Tempat yg kami tuju belum menjanjikan apa-apa.. InshaAllah yang penting kami bersama sekeluarga mengharungi alam baru, di tempat tinggal yang baru.. Semoga Allah merahmati dan sentasa melindungi kami di sana nanti..

Buat teman2 jiran2 tetangga di Nusari Bayu ini.. maafkan kami.. maafkan segala kesalahan kami, keterlanjuran kata2 dan perbuatan kami.. segala yang telah kami termakan dan terminum, segala budi baik anda semua amat kami hargai.. Semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa dan budi baik anda semua terhadap kami. Semoga ikatan persaudaraan yang telah kita bina sesama Islam dapat kita kekalkan walau jauh di mata tetapi dekat di hati..

InshaAllah kami masih orang yang sama walau di mana kami berada.. tegur2lah kami jika terjumpa di mana2.. ia amat menyedihkan tatkala saya menaip rangkap2 ini.. Kerana perpisahan itu amat memilukan..

Mungkin bila di tanya kenapa nak pindah? bukan mudah untuk memberikan jawapan yang terbaik pada semua, tanpa mengecilkan hati mana2 pihak.. mungkin ini semua takdirNya yg Esa.. Doakan kesejahteraan hidup kami sekeluarga, semoga talian persaudaraan kita tidak terputus setakat ini sahaja..

Mujur teknologi masa kini tidak mungkin dapat memutuskan hubungan kita.. FB, Twitter, Whatsapp, Telegram dsbya.. banyak talian tanpa wayar yg bisa menghubungkan kita :)

Selamat tinggal Nusari Bayu.. segalanya akan kami abadikan sebagai kenangan manis yang takkan luput di ingatan..

Sekian,
Salam sayang tulus ikhlas dari kami..
Qis, Nizan, Hadif & Nabila